Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Showing posts with label periksa kereta. Show all posts
Showing posts with label periksa kereta. Show all posts

Friday, March 10, 2017

Meminimakan kerosakan kereta dan memanjangkan hayat enjin

Salam Jumaat Mac 3 2017,

Bukan mudah untuk sesebuah enjin kereta untuk bertahan melebihi 10 tahun,15 tahun dan lebih tanpa mengalami kerosakan  kereta atau dengan kata lain terpaksa melalui proses overhaul dan top overhaul jika ianya tidak dikekalkan dalam penyelenggaraan yang sempurna dan bertepatan dengan keupayaan enjin untuk menambah hayat.

Friday, February 01, 2013

Panduan mengenalpasti kenapa enjin tidak dapat dihidupkan


Salam Maulidurrasul dan Selamat Hari Wilayah

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kumulakan tulisan ini untuk panduan ramai pengguna bagi menjawab banyak persoalan asas-asas awal kerosakan dari bateri dan komponen kecil seperti alternator dan starter .Semuga ia dapat dimanfaatkan.Insyallah.

Thursday, March 08, 2012

Penyelesaian DIY ketika hujan

Terimakasih kepada semua pengunjung blog kerosakan kereta ,semuga hari-hari yang dilalui bertambah elok,sihat jasmani dan rohani.Di waktu keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini  kadangkala  cerah dan kadangkala hujan hingga dinihari malahan ada juga cuaca hujan sehingga keesokan harinya.

Saturday, July 10, 2010

Arena kereta adalah mengenai kerosakan kereta

Salam,

Kalau nak cerita mengenai arena kereta sampai berjam-jam pun tak akan habis tapi sekadar untuk renungan kepada mereka yang gemarkan kereta kat bawah nie aku selitkan beberapa tips bagaimana untuk memastikan beberapa komponen kereta terpakai yang akan dibeli berada dalam keadaan elok dan boleh terus digunakan selepas membeli tanpa rasa ragu akan kerosakan dalam kadar segera.

Tuesday, September 08, 2009

Tips periksa kereta tanpa jumpa mekanik sebelum berjalan jauh

Rasanya tak lama puasa tup-tup dah nak raya lagi ,mana tidaknya lebihkurang beberapa hari dan minggu saja lagi.Cerita pasal raya memang seronok dapat balik kampung,kalau kat kampung,macam-macam ada,ketupat,rendang,dodol,wajik,semua itu wajib,yang lebihnya ada ramai sanak saudara boleh jumpa kemudian ada marhaban pulak, tak terkira  aktiviti banyaknya!

Raya-raya juga tapi sebelum sampai kampung tu nak kena periksa  kereta supaya tak tersekat ditengah jalan,bagi yang ramai penumpang dalam kereta tentu banyak hal jadinya,.Jadi di sini aku nak bagi sikit tips sebelum memulakan perjalanan balik kampung ni supaya kereta  tak sangkut di jalan.Sebenanya kita boleh pastikan kereta kita dalam keadaan baik sebelum perjalanan selain daripada servis yang biasa  buat ,ini adalah tips2 yang sangat baik dari mechanic khas untuk penggunakereta :-

1)Bateri dan alternator-Kita pastikan enjin kereta dihidupkan dan cuba buka penutup air bater dan pastikan ada sedikit gelembung udara keluar dalam bateri tersebut setelah kita tambah airnya.(Ingat bagi bateri yang airnya dibawah kepingan plumbum kena ingat dan berhati2 kerana bila tuang air pun bateri itu akan rosak juga bila-bila masa,cadangan aku lebih baik tukar.)
Alternator pulak,cuba buka salah satu penyambung tak kira panel positif atau negatif semasa enjin hidup,jika enjin masih hidup maknanya alternator masih dalam keadaan baik selain daripada putus belting.

2)Belting alternator,aircond dan power steering

Di sini untuk elak kerosakan kereta kita ditengah jalan,pastikan 3 belting tersebut dalam keadan baik iatu tiada bunyi pelik dan tiada lembaran benang keluar dari tepi belting tersebut ,caranya cuba perhatikan power steering dulu kemudian aircond dan alternator,caranya urut dia pelan-pelan atau raba belting tu pelan2 untuk pastikan tiada lembatran benang ditepi belting.Bunyi pulak bila enjin hidup pada peringkat permulaan tiada bunyi seperti bunyi pelik seperti bunyi kuda kat dalam tv tu,maknanya belting ok.

3)Bearing
Rujuk post sebelum ini cuma satu aku nak tambah bila kereta sedang bergerak,masa  pakai pergi mana2 tu,jika rosak bearing ada bunyi seperti geseran macam bunyi bila kita garu kat seseuatu benda seperti meja dsbnya,itu maknanya bunya bearing dah hampir rosak atau haus(bahasa enjin)

4)Asap kereta
Kita juga boleh pastikan kereta kita boleh jalan jauh atau tidak dengan bau asap kereta,iatu bila bau dia hangit semacam(bau macam getah terbakar)hati-hati kerana kereta itu ada sedikit pembakaran minyak dan angin yang tak sekata maknanya karburator mungkin problem atau fuel injection problem(sumbat atau kotor),perlu di servis.

5)Akhir sekali hose minyak,tak kira minyak apa minyak brek ,minyak power steering,minyak klac pastikan cukup dan yang paling penting segala hose penyambungan tak bocor.

Jika dah pastikan semua itu ok maknanya kita tidak akan berdepan masalah kerosakan kereta di tengah jalan selain dari kemalangan jalanraya.

Hati2 bila bawa kereta dan pastikan nyawa orang tersayang dalam kereta terjamin.

Wassalam