Lebih 25 tahun pengalaman dalam industri automotif kereta.

Showing posts with label Reset Sistem. Show all posts
Showing posts with label Reset Sistem. Show all posts

Saturday, April 02, 2016

Reset ECU/ECM.Throttle Body.Fuel Pump dan Alarm

Salam Sejahtera

Terdapat beberapa jenis reset pada sebuah kereta seperti reset alarm,reset ECU/ECM dan reset fuel pump.Reset-reset demikian adalah amat penting untuk diketahui oleh semua pengguna kereta kerana dengan cara ini saja lah kereta akan dapat mengembalikan keadaannya kembali  kepada asal sebelum kerosakan. Kaedah reset adalah sama dengan apa yang dipraktikkan pada sebuah komputer yang mengalami masalah sistem iaitu arus letrik atau kuasa akan dipotong apabila sambungan seperti kabel ke monitor atau CPU ditanggalkan, cuma kaedah pada sebuah kereta pula adalah melalui sambungan kuasa bateri,relay dan fuse serta beberapa kaedah lain.