Mekanik kereta: Injector,fuel regulator dan MAF sensor
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Aug 18, 2017

Injector,fuel regulator dan MAF sensor

Ketiga-tiga komponen seperti tajuk diatas adalah merujuk kepada komponen yang perlu diperiksa dan diganti jika terjadinya enjin yang sukar dihidupkan ketika suhu enjin telah panas.Adakah benar ini boleh berlaku?enjin sukar hidup ketika panas?


Pada asasnya enjin yang dihidupkan perlukan oksigen (udara) dan bahan bakar iaitu petrol,gas atau disel serta api untuk ia bekerja dan membuat pembakaran dalam enjin.Udara akan menjadikan petrol atau disel kepada gas dan meruap untuk menjadi pembakaran dalam enjin atas pertolongan api yang terhasil dari plug.Maka bermulanya enjin hidup dan bunyi serta gas karbon monoksida yang dibuang ke ruang ekzos.Ianya mudah bukan asalkan ada api dan bahan bakar enjin akan hidup,tetapi mengapa ia jadi sukar hidup bila panas?

Inilah yang saya rungkaikan dalam mencari kebarangkalian yang banyak keatas beberapa komponen yang amat perlu diganti atau diperiksa teliti kemampuannya.Soket pada injector perlu diperiksa untuk ada aliran cas elektrik untuk injector bekerja.Ada juga terdapat injector yang bocor satu atau dua yang menjadikan enjin lebih sukar hidup ketika panas kerana bila enjin panas bahan asas body enjin mengembang dan tenaga perlu lebih untuk memusing komponen enjin.

Mengapa pula saya katakan bahawa fuel regulator perlu diganti atau diperiksa kemampuannya?Ini kerana fuel regulator adalah berfungsi membekalkan tekanan hanya secukupnya untuk membuat pembakaran enjin akantetapi jika ia jadi tidak terkawal atau rosak ia akan menambah kesan buruk aliran bahan bakar untuk injector.Disinilah terjadinya kemampuan enjin untuk hidup terganggu.


Fuel pump ringkas Honda dengan soket sambungan 2 wayar

MAF sensor pula adalah berkaitan berapa banyak udara yang perlu untuk bahan bakar bergabung dengan api untuk enjin hidup.Apabila ia tidak berfungsi dengan baik sensor ini akan memnberikan ketidaktepatan udara untuk diseimbangkan ke bahan yaang saya sebutkan tadi untuk membuat pembakaran.Kesukaran membuat laporan akibat ia rosak adalah punca utama kesukaran enjin juga untuk membuat pembakaran. 

Dalam kes yang berat jika enjin telah mengalami kebocoran yang teruk pada head silinder dan menaikkan minyak ke permukaan air filter ini adalah amat berlainan kerana enjin ini dikategorikan tempang dan perlu diperiksa teliti dan termasuk dalam proses Top Overhaul,jika enjin dalam keadaan ini,ia bukanlah akibat 3 komponen yang saya sebutkan tadi.

Pokoknya sebelum anda lakukan Top Overhaul atau Overhaul pastikan mekanik anda periksa dahulu komponen disebutkan untuk kepastian kerana kos Top Overhaul dan Overhaul bukan saja menelan belanja yang besar malah jangkamasa untuk ia siap juga kira-kira 3 hari atau seminggu untuk enjin disiapkan.

Mengekalkan kestabilan suhu enjin

Suhu enjin biasanya dapat dikawal stabil dengan menukar minyak pelincir tepat pada kilometer yang sepatutnya ditukar dan elakan dari menggunakan minyak yang berlainan gred dengan kerap dan jenama yang bertukar-tukar.Cooling system juga perlu diperiksa dan dinyahkarat dengan menukar air dan coolant jika air ada bercampur kesan karat yang banyak.Pastikan juga tidak menggunakan bahan bakar berbeza kerana bahan bakar juga penting.Mengekalkan penggunaan bahan bakar pada jenama yang kerap digunakan juga dapat mengelakan keserasian enjin dengan bahan bakar tersebut sekaligus mengelakan pembentukan karbon yang banyak dan suhu enjin juga lebih stabil.





91 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya menggunakan kereta volvo s40 tahun 2002. Semalam saya terpaksa mengharungi air banjir yang ketinggiannya melebihi paras tayar dan selepas tu, aircond tidak sejuk. Kenapa ya? Apa yg perlu dibaiki dan berapa anggaran kosnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam,periksa fuse,atas kompressor ada wiring jika terpintas,fuse ACC akan terbakar,gantikan fuse tersebut

      Delete
    2. As salam tuan.. Kereta saya mazda premacy 2.0 tahun 2003/04. Masalah yg dihadapi pd mulanya semput dan engin mati bila berhenti di traffic light. Pd agakan saya hanya MAF sensor rosak dan spark plug dah cukup tempoh.. Alatan tsb tlh diganti ttp masih semput. Lalu ambil tindakan service throtle body.. Selepas itu kereta tidak boleh dihidupkan melainkan sya tekan pedal minyak semasa proses hidupkan engine.. Walau bagaimanapun engine akan mati semula jika tidak tekan pedal minyak. Situasi kedua pula engine blh hidup jika saya cabut socket wayar MAF sensor ttp rpm 1.8 atau 2.0 lbh sket.. Mohon pandangan

      Delete
    3. wslm,jika saudara servis throttle dengan semburan ke ruang throttle saja ia akan menyebabkan enjin lebih semput dan mati yang sukar dikawal,ia kerana ruang throttle sangat sensitif dengan kehadiran bau dan gas semburan carbon cleaner atau selainnya,Throttle body perlu dibuka dan dibersihkan dan sensor airflow/atau idle sensor juga sensor position perlu dibersihkan.Hantar ke mekanik untuk servis keseluruhan throttle dan setting semula idling atau tuning guna computer

      Delete
  2. Assalam...tuan..saya ada masalah..sya pakai kereta preve executive auto(non turbo)..bila jalan jamed tempereture naik mendadak..kipas pusing ok..buka aircond pun kipas pusing...bila jalan tak jamed temepreture normal..air radiator penuh tak kering..apa masalah sebenarnya tuan?.sensor ke?..relay ke?..termostat ke?..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ganti air,coolant,thermostat dan hose radiator atas bawah terutamanya u hose

      Delete
  3. Assalamualaikum. Sy br shj membuat rutin servis kereta sy jnis persona (menukar minyak hitam, myak auto oil, myk power stereng dan oil filter) serta menukar timig belt dan belt dlm.Namun slps siap rpm kereta mningkat mdadak shgga maksimum dan stereng berbunyi stiap kali dipusing. Mekanik membuat tuning computer dan mmbuka smla belting. Tetapi tdak dpt turun ke 0rpm biarpun gear masih P dan blm memulakan pmanduan.Streng kereta jg masih bbunyi dgn kuat. Mengapa terjadi begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,power steering pressure switch tidak dapat bekerja dengan baik sebaiknya tukar switch tersebut dulu,kemudian minta mekanik buat tuning semula

      Delete
  4. salam tuan mekanik yg budiman,pertanyaan saya alat toyoltech stabilizer dan bsi cable plug kalu pasang di exora cps ada kesan penjimatan minyak ke?dan apakah kesan kepada enjin campro cps exora?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kalau beban kurang minyak kurang jadi jika stabilizer baik,jimat sedikit minyak

      Delete
  5. Salam tuan.
    Saya ingin bertanya ttg jentera rexton.
    Mengalami masalah engine tak nak hidup.
    Selepas mmbuat top arevohol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu periksa compression,ini biasa jadi ,pastikan kedudukan camshaft adalah tepat supaya compress tidak hilang

      Delete
  6. Salam tuan mekanik.. Estima 2002 saya gear D lambat masuk.. sampai 5-10 min baru dia tangkap..baru lepas tukar minyak pon sama.. Gear R xde masalah pulak.. perlu overhaul GB ke?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,gantikan solenoid shift sensor,in sha allah ok

      Delete
  7. Salam tuan. Kete sy myvi manual taon 2007. Sy jns xske free gear time benti kecuali kalo benti lama, sy main clutch n minyak. Satu ari, kete sy tiba2 mati. Lampu kete n dashboard pon tak nyala. Sy bukak pintu, free gear n try idopkan lg bkali2 tp xbole jugak. Sy push button emergency lamp, idop n signal kat dashboard nyala (signal minyak pon nyala). Sy try idopkan enjin lg, tiba2 pintu lock n enjin idop tp radio n jam reset xde line n pukul 1200. Ni masalah bateri or wiring ye? Mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ini masalah ECU,mungkin rosak atau longgar

      Delete
    2. Aduh ECU ye.. Parok ni. Terima kasih ye atas penjelasan 👍

      Delete
    3. Mintak maap sy de pertanyaan lagi. Bape anggaran kalau betol ECU rosak ye? Dekat mana lokasi bengkel tuan? Tq

      Delete
    4. minta mekanik cek,kalau soket atau sambungan rosak ,murah saja cuma sambungkan elok2 tapi jika rosak ecu kos,rm700

      Delete
  8. salam nk tanye,sy memiliki kereta kenari aerosport manual ,1000cc kot,enjin kereta sy berbunyi nyaring..bunyi nya seperti geseran besi yg brake pad dye haus,..masalah nya even kereta x gerak pon dia memang dh berbunyi nyaring,makin kuat tkan minyk makin nyaring..trdpt kebocoran minyk berwarna hitam pd sekitar tangki minyk hitam,tetapi saya cek minyak hitam Full..aircond baru service 1bln lbih yg lalu,semasa psang aircond kerap kali berbunyi sentapan sewaktu pemanduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,belting tensioner dan belting tidak baik,perlu ganti,sentapan dapat dikurangkan

      Delete
  9. assalamualaikum tuan....petanyaan berkenaan volvo 850... kereta mengeluarkan petrol berlebihan melalui exzos... apakah punca2 terjadinya masalah berikut.... sekian terima kasih...(pomen sambilan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,petrol telah disedut ke atas piston jadi ia tidak dapat dibakar sepenuhnya,piston ring telah haus perlu ganti

      Delete
    2. Terima kasih banyak tuan atas pencerahan....

      Delete
  10. Assalam tuann....saya pakai honda city thun 04 pernah top overhaul awal thun 2017...semua berkaitan dgn masalah naik temperature saya sudah tukar n repair.....radiator dah servis n cuci,waterpum da tukar...dalam 5 bulan je okay....pastu jadi balik..warning light temperature berkelip bila tengah naik bukit dan jalan panjang... dari kelantan ke perak ikut jalan gerik..kelantan ke KL....bila berhenti sekejap dia ok..a/cond pn sejuk...bila naik bukit ,a/cond tak sejuk then warning light temperature berkelip balik...sensor fan ataupun auto fan problem?? Boleh saya tahu ape yg problem??

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/slm,sebaiknya saudara tukar air dan coolant serta hose radiator atas bawah dan u hose.Periksa ketika enjin hidup adakah kipas radiator dan kipas aircond berpusing elok,satu lagi periksa kipas aircond dan kipas radiator kadangkala ia tidak berpusing kuat kerana ia telah haus atau bialh ingin tanggal dari motor

      Delete
  11. Assalamualaikum tuan,

    Ada soalan sikit pasal keta viva saya. Pakai 10 tahun dah. Baru2 ni lampu check enjin dia menyala, tp lepas bwk servis perodua dah ok la x menyala dah. Tp dari cara diorg ckp, diorang pun mcm x pasti punca dia menyala tu. Baru2 ni lampu check enjin tu menyala balik, pastu masa bawak kadang2 kuar bunyi mcm "sreeet" camtu(nak terangkan bunyi pun ssh, hehe)bunyi tu kadang2 jer dan x kuat...agak2 bunyi tu sbb apa ye? Ada yg kata sbb belt aircond...pastu apa yg biasanya buat lampu check enjin menyala? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,semua masalah sensor bila check engine nyala,resetkan dulu
      https://mekanikkereta.blogspot.my/2016/04/reset-ecuecmthrottle-bodyfuel-pump-dan.html

      Delete
  12. salam, semalam kereta saya teana 2.5 telah meletup tiba2 pada bateri ketika saya nak menghidupkan enjin. selepas saya tukar bateri, kereta dapat dihidupkan balik.
    masalah saya ialah kenapa tiba2 saja bateri boleh meletop ? adakah masalah lain berlaku selepas meletup ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika ada sambungan bateri yang tidak rapat ,ia akan mencetuskan spark pada mana2 kedudukan yang casnya kuat.tiada masalah lain melainkan kereta ada diwiring semula

      Delete
  13. Kereta Kelisa saya selalu tidak bole start bila enjin panas. Kata mekanik ada sedikit kebocoran pada head selinder juga perlu membuat wiring kerana ada ketika saya tidak bole startkan kereta. Solution yg di beri dia cadangkan saya mengantikan dgn membeli halfcard part gino. Tapi saya tidak berapa jelas tentang ini...kerana ini melibatkan penukaran enjin yg memerlukan saya ke Puspakom. Dari segi lain nya memang dh tk sanggup lagi menanggung kos repair keta ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ingin kos yang rendah ,tukar kan silinder head saja ,lebih jimat dari tukar enjin tanpa perlu ke puspakom

      Delete
  14. Salam.sy nk tanya..saya memiliki kreta saga flx 2012..smlm enjin bunyi kasar ckt on the road tk lancar..mcm nk mati n ad bau hangit ckt..np ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada minyak yang bocor kawasan head ,perlu pastikan minyak cukup supaya enjin tidak kasar dan baiki bocor

      Delete
  15. Salam. Nak tanya,aircond ada kena mengena tak dgn prestasi enjin? Sbb kereta saya rasa berat semacam jer bila on aircond, dulu ok jer. Pastu time bawak,on aircond ada kluar bunyi mcm berdecit camtu. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,baiki FICD jika ada guna FICD,jika tiada ganti idle sensor/airflow sensor

      Delete
  16. Salam tuan, apakah minyak hitam sesuai untuk kia rio 2nd gen 2006? semi sintetik atau mineral? gred yang sesuai? terima kasih

    ReplyDelete
  17. Salam tuan, terima kasih banyak menjawab soalan saya.kebanyakan workshop jual 10W40, pakai shell or castrol ok tak tuan? terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tak mengapa guna 10w40,castrol atau shell juga ok,petronas pun ok

      Delete
  18. Assalamualaikum tuan.sya nk tnya kreta sya xbleh start...tpi kdang2 klau enjin sejuk ok plak..msalah stater ke tuan...trima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,betul masalah starter dibahagian solenoid,tukar starter mudah dan cepat

      Delete
  19. Trima kasih ...dlam aggaran brape ye harga stater?

    ReplyDelete
  20. kete merc..bila tutup dan cabut suis ada bunyi shreeekkk kt pintu kanan.Ngape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah wiring,soket window screen mungkin hampir terlepas

      Delete
  21. Assalam tuan mekanik, saya nk berkongsi masalah kereta saya, kereta persona elegance auto 2011.

    Bila gear bertukar (contohnye gear 1 ke 2, gear 2 ke 3, kereta akan menghenjut dgn kuat sewaktu interval pertukaran tu. Sewaktu rpm naik dan gear akn bertuka, kereta akn menghenjut dan gear akn bertukar. Sebelum ni bwk kereta smooth je.

    Gearbox saya dah overhaul, spark plug dah check, throttle body dah cuci, tp mslh tetap ade

    Bole cadangkan x ape lagi cara utk saya selesaikan mslh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika belum gantikan solenoid shift sensor,perlu gantikan

      Delete
  22. Salam tuan
    Tayar belakang kanan ada pecah pecah kecil sekeliling tayar.
    Kenapa ya.
    Lagi satu bila tekan pedel minyak rpm akan jatuh dan naik semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,periksa tarikh luput tayar yang tertulis di tayar,jika ia telah luput ia akan ada tanda seperti itu,ia juga tanda akan rosak bila2 masa saja.
      2.RPM yang jatuh adalah akibat throttle atau karburator yang kotor dan juga akibat butterfly iaitu alat dalam karburator/throttle lemah dan lembut

      Delete
  23. Salam tuan
    Kereta saya guna ngv
    Baru2 ni tiba2 mati 2 3 kali
    Kenapa ya .kereta auto.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,untuk kereta NGV ia ada fuel regulator dan kadangkala ia tidak berfungsi baik dan ada juga yang tidak bertukar ke petrol ketika NGV habis,gantikan regulator tersebut

      Delete
  24. Salam tuan
    Saya dah lihat
    Tayar saya tahun 2015 dua2 belah
    Sebelah dah nak botak
    Sebelah pecah2 bunga ok lagi
    Kenapa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,bila keadaan bunga tayar telah berbeza ,ia akan ganggu pergerakan dan seterusnya stereng mudah bergegar dan jika tahun sekarang 2017,ia perlu diganti kerana menggunakan tayr tamat tempoh mengundang pecah bila2 saja

      Delete
  25. Salam tuan, kalo lampu warning brake menyala kat dashboard apa kemungkinan problem? saya dah check minyak brek, full. selain brake pad, apa lagi kemungkinan ye? terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika ada abs ia adalah masalah abs tetapi jika tiada ia adalah masalah master pump samada suis dan bocor

      Delete
    2. terima kasih tuan. ada abs tapi lampu abs kat dashboard tak menyala pula. memang brake pad ke tuan?or ada sebab2 lain? terima kasih sekali lagi

      Delete
    3. suis minyak hitam perlu ganti kemungkinan bocor juga

      Delete
  26. Assalamualaikum tuan mekanik, Nk tnye, Kenapa ketika Idle stereng rasa bergegar tpi kalau jalan smooth xde gegar plak,(1 engine mounting bahagian belkang dah pacah pomen kata) adakah itu puncanya? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam punca utama enjin gegar adalah mounting ,mounting ada 4 ,2 untuk gearbox dan 2 untuk enjin,jika pecah salahsatu enjin terasa geagar sehingga kedalam kerana mounting adalah getah pengalas enjin dari bergoyang

      Delete
  27. Salam tuan apa maksud batterfly lemah atau lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada throttle atau karburator ada injap yang terbuka dan tertutup,injap ini dipanggil butterfly,kadang2 ia keras dan kadang2 ia jadi terlalu lembut ,bila pergerakan mekanikalnya terganggu enjin jadi tidak stabil kerana injap berbentuk rama2 ini membuka dan menutup ketika minyak ditekan

      Delete
  28. Salam.. Bolh sy tau sistem ekzos yg ssuai ntuk persona manual.. Persona first model..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar extractor saiz lain boleh tetapi jika hendak kurangkan guna petrol,jika tidak guna asal juga baik

      Delete
  29. Salam tuan
    Macam mana nak atasi
    Butterfly keras atau lembut
    Tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika keras perlu gunakan anti rust spray untuk buangkan karat manakala lembut ketuk2 dengan benda keras supaya ia rapat dan tidak terlalu lembut

      Delete
  30. Assalamualaikum
    Saya farid nak tanya jika
    Wira 1.5 auto kaburetor masuk gear begegar dan enjin mati kalau tak tekan minyak cepat. Masa gerak pun kadang kadang macam nak mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,buat servis karburator kemudian pastikan idle plunger dan jet digantikan dengan repair kit karburator wira yang sama,dapatkan dari kedai alat ganti

      Delete
  31. Salam tuan
    Apa khabar
    Nak tanya bateri cepat week
    Padahal baru chas
    Saya tes alternetor ok
    Mekanik cakap alternetor ada bocor
    Betol ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bateri yang cepat weak atas 2 sebab,pertama bateri tersebut sudah tidak berdaya menyimpan cas dan kedua bilamana ada wiring yang berjalan arus letriknya walau suis telah ditutup sepenuhnya,perlu periksa wiring melalui kotak sambungan fuse,alternator yang tidak mengecas penuh akibat habis karbon dan kendur talisawat adalah punca bateri tidak menerima kuasa penuh tetapi ini amat jarang berlaku

      Delete
  32. Hello tuan, nak tanya ni adakah minyak hitam semi 15w50 sesuai hanya untuk enjin berkapasiti 2.0 cc dan ke atas?

    ReplyDelete
  33. Salam ,
    nak tanya mengapa kereta Kancil 850 saya bila pusing ke kanan lebih berbanding pusing ke kiri . mohon penjelasan tuan .

    ReplyDelete
  34. Salam...Nk tnya..Kenapa belkang kereta sy berbunyi mcm besi berlaga ketika start enjin dan bunyi semakin pelahan setelah beberapa lama, apa punya kerta berbunyi demikian?sy pakai chevrolet optra

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kemungkinan pengikat ekzos sedikit longgar atau terbuka dan menyebabkan ia berlaga dengan bahagian bawah body,apabila enjin stabil bunyi tersebut hilang

      Delete
  35. Assalamualaikum tuan. Saya pakai hyundai atos 2005 dan mengalami masalah air radiator kering. Harini ketika memecut di PLUS, ekzos mengeluarkan asap putih yg sangat tebal hingga terhidu di dalam kereta. Saya tidak perasan adakah temp naik atau tidak. Eksoz juga menitiskan minyak hitam.

    Bila bawa ke bengkel, mekanik kata air sudah memasuk enjin dan bercampur dengan minyak. Kemungkinan kipas juga rosak menyebabkan panas dan air masuk ke enjin. Sebelum ini air cond juga tidak hidup walaupun sudah di on.

    Mekanik kata kena top overhaul. Campur macam2 kos yg sy xfaham, harganya 1.5k. Adakah itu standard rate untuk enjin kecik macam Atos? Terima kasih atas respon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila panas enjin mendadak naik,ia adalah overheating dan aircond juga akan mengalami keadaan tidak sejuk lagi kerana kepanasan enjin melampau.
      Kos top overhaul adalah biasa sekitar rm1000-2000 dan komponen yang siganti adalah top set overhaul termasuk head gasket,minyak hitam,oil filter,coolant,grind valve dan skim head

      Delete
  36. Assalamualaikum tuan. Kereta saja jenis honda city tahun 1985 cc 1.5.
    Masalah sekarang temperature selalu naik. Boleh saya tahu anggaran untuk servis radiator. Sekiranya perlu tukar yang baru berapa juga nilanya? Adakah punca2 lain yang boleh menyebabkan temperature naik?

    Terima kasih tuan atas maklum balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,punca suhu naik adalah:

      1.Radiator kotor
      2.water pump kotor dan keras
      3.thermostat tidak diganti dan karat
      4.hose saluran air telah keras dan karat,terutamanya u hose
      5.head gasket pecah

      Jika sekali sekala takat suhu panas naik,saudara perlu ganti thermostat dan servis radiator juga gantikan u hose pada manifold

      kos tukar radiator adalah sekitar rm400,servis berkimia adalah sekitar rm150

      Delete
  37. Salam Tuan, saya mempunyai wira 1.5 manual. Masalahnye ialah rasa semput2 sikit sesudah start kereta walaupun tak jalan lagi. Bila tekan minyak pun boleh rasa semput2 juga. Dah tukar cable plug dan plug baru tapiasih sama juga. Apa masalahnye ye tuan? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukarkan fuel filter,minyak kotor

      Delete
  38. Assalamualaikum tuan. Kereta saya satria neo cps manual tahun 2013 kerap selepas matikan enjin meter rpm,suhu dan minyak stuck pd kedudukan terakhir,tidak ke zero. Lampu pintu dibuka pun tak menyala. Sejurus saya on kan kunci baru meter rpm turun ke zero. Tapi selepas saya start enjin tripmeter,fc dan enjin counter jadi 0 semula. Timing enjin juga kerap drop sehingga 400rpm seakan2 hendak mati semasa tukar gear ketika kelajuan rendah. Apakah punca dari masalah ecu atau wiring? Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,ini masalah ECU,akan kembali normal jika tukar ECU

      Delete
  39. Salam admin,,saya zamri,,kereta saya vios ( 2005 ) megalami masalah gear auto dan lampu engine warning bewarna oren menyala di meter,,.untuk makluman admin saya sudah buka kabel bateri negatif untuk resetkan lmpu warning enjin dan pasang balik dan jika lampu warning tak menyala kereta saya dpt meluncur dengan sempurna tetapi jika lampu warning itu menyala dan pertukaran gear D kejap ada kejap free sendiri dan rpm pun jadi tinggi 2000 rpm wlapun laju 40km/j,,,saya telah menghantar kereta ke bengkel untuk memeriksa masalah kereta dengan menggunakan komputer dan tertera pada screen computer itu "code p0500 vehicle speed sensor "..dan saya telah menukar vehicle speed sensor,filter gear dan ATF oil tetapi lampu warning enjin tetap menyala dan gear tidak lancar,saya sudah buntu memikirkan sama ada wiring atau computer box yg bermasalah,.saya harap dapat bantuan dari tuan,,.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm reset semula dengan kaedah cabut fuse ECU

      Delete
  40. Assalamualaikum..

    Saya pengguna viva elite tahun 2011, 81K++ 3 minggu lepas baru lepas servis throttle body dan tukar speed sensor. Masalah skrg kadang2 bila time reverse kereta bergegar dan pagi ni start enjin ok tapi bila jalan je terus mati. Sya start semula x sampai 5 minit mati lagi engin.. lepas 5 minit saya hidupkan semula dan ok. Cuma kejap lagi sy x pasti adakah masalah ni akan berulang. Kenapa sebenarnya ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,masalah ini masih pada throttle body,jika servis cuma sembur saja tidak mencabut keseluruhan throttle,ia akan jadi begini,throttle perlu servis ,cabut,bersihkan dan pastikan idle sensor bekerja semula,rujuk pomen yang buat.

      Delete
  41. slm tuan. .apa masalah proton perdana first model..baru2 ni ada tukar timing belt,slepas selesai..bila nak start..xdapat nk race minyak. . Smua dh cek.sensor ok. .plug pn mc ok. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,semak semula marking timing belt,jangan ada beralih walau satu gigi dan jangan terlalu ketat ia akan menyukarkan camshaft untuk berpusing

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>