Mekanik kereta: Meminimakan kerosakan tegar dan memanjangkan hayat enjin
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Mar 10, 2017

Meminimakan kerosakan tegar dan memanjangkan hayat enjin

Salam Jumaat Mac 3 2017,

Bukan mudah untuk sesebuah enjin kereta untuk bertahan melebihi 10 tahun,15 tahun dan lebih tanpa mengalami kerosakan tegar atau dengan kata lain terpaksa melalui proses overhaul dan top overhaul jika ianya tidak dikekalkan dalam penyelenggaraan yang sempurna dan bertepatan dengan keupayaan enjin untuk menambah hayat.

Enjin kereta adalah sangat mudah rosak jika segala keperluannya tidak dijaga seperti minyak hitam,oil filter,fuel filter,air filter,minyak gear mahupun autofilter untuk kereta bertransmisi automatik.




Penjagaan sempurna bermaksud menepati sasaran kilometer untuk menukar komponen dan pelincir.Contoh komponen yang mudah dan senang rosak ialah talisawat atau belting.Terdapat 2 atau 3 talisawat luar untuk sebuah enjin kereta seperti talisawat kompressor,power stereng dan alternator manakala sesetengah kereta moden sekarang dilengkapi dengan hanya 1 talisawat untuk ketiga komponen ini bekerja.

Untuk talisawat atau belting luar tiada kilometer terentu yang disarankan cuma ia perlu diperiksa setiap kali menukar minyak hitam untuk memastikan ia masih boleh digunakan seterusnya.Contoh belting yang rosak adalah apabila ia ditegangkan terdapat jalur-jalur halus unuk putus bila-bila masa sahaja.





DIbawah ini saya gariskan panduan 13 perkara lain yang mesti diperiksa setiap kali menukar minyak hitam pada kilometer 10000 atau 5000 kilometer.

  1. Air bateri perlu ditambah apabila kurang jika menggunakan bateri basah.
  2. Periksa belting alternator,power stereng dan kompressor serta brek pad
  3. Tensioner penegang perlu ditukar jika berbunyi.
  4. Air radiator mestilah cukup dan terhindar dari bercampur minyak atau petrol
  5. Kipas radiator dan aircond berfungsi secara automatik dan motornya tidak panas melampau
  6. Air tangki simpan diisi secukupnya mengikut garis senggat pada tangki
  7. Wiper berfungsi dengan baik
  8. Memastikan tiada kotoran minyak belakang dan depan kotak timing belt yang menandakan ia bersih dari bocor pada oil seal
  9. Memastikan ruang kotak air filter bersih dari habuk dan minyak hitam jika ada
  10. Memastikan RPM stabil ketika aircond atau tiada kemasukan aircond iaitu kekal 900-1000 rpm
  11. Memastikan kebocoran pada head cover gasket tiada dan perlu menukar head cover gasket jika ada.
  12. Memastikan minyak gear auto/manual ,minyak klac,minyak power stereng,minyak brek cukup untuk bekerja
  13. Memastikan keempat-empat roda berpusing seakan2 sama bilangan pusingan,jika tidak sama ia menandakan adanya rosak bearing roda.
Panduan kilometer untuk tukaran komponen dan minyak


  1. Minyak hitam/pelincir ditukar setiap 5000 kilometer atau 10000 kilometer bergantung kepada minyak yang digunakan.Minyak pelincir Sintetik dan semi sintetik  ialah pada 10000 kilometer manakala minyak berunsur mineral ialah pada 5000 kilometer
  2. Minyak gear auto transmisi ialah setiap 20000 kilometer dan manual pada 40000 kilometer.Untuk gear automatik,autofilter mesti ditukar juga setiap kali menukar minyak gear.
  3. Timing belt pula mesti ditukar pada setiap 80000 kilometer penggunaa manakala timing chain pula tidak perlu ditukar melainkan ia berbunyi akantetapi enjin menggunakan timing chain memerlukan penjagaan sempurna minyak hitam.
  4. Spark Plug,air filter dan oil filter perlu diganti setiap 10000 atau 5000 kilometer penggunaan.
  5. Clutch Plate pula biasa diganti  iaitu kira-kira pada mileage 300000-3500000  kilometer bergantung pada penggunaanya,jika selalu memandu jalan berbukit Clutch cepat habis dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga 200000 kilometer dan perlu diganti.


Jika garis panduan yang diberikan ini dipatuhi sepenuhnya sudah barang tentu hayat enjin dapat dipanjangkan dan kerosakan enjin tegar yang memerlukan kos yang besar  juga dapat dielakkan.



135 comments:

  1. saya pengguna kereta waja campro auto 1.6 2008 . masalahnya , bila tekan minyak shingga apm mncapai 1500 , enjon suda start bgegar . kli mcpai 4000 , ekzos meletup . xtau apa punca msalah tsebut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. gantikan tabung ekzos,fuel filter dan injektor insyallah ok

      Delete
    2. Salam tuan mekanik. saya ada wira 1.6 auto dan bercadang utk tukar gearbox.ingin tahu betapa kos tukar gear box dan model apa yg sesuai digunakan selain model asal.enjin sekarang guna 4g91.mekasih tuan

      Delete
    3. wslm,gunakan gearbox model sama atau 1.8 ,kos kira2 RM3000

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Saya pakai hyundai getz 2004, baru tukar absorber semua tayar. Tapi baru2 ni jadi masalah bila saya jalan jauh, bila tekan brek secara kuat/mengejut, tayar belakang kanan mencengkam terlalu kuat sampai absorber ranap ke bawah. Kereta jadi senget. Bila lepas brek ok balik. Apa masalah nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,masalah pemasangan,periksa semula

      Delete
    2. boleh jadi ke kalau drum brek belakang ada masalah? sebab sejak jadi masalah ni, tiap kali tekan brek, ada bunyi screeching dari tayar yang bermasalah tu..

      Delete
    3. ada kemungkinan piston belakang bocor atau karat

      Delete
  3. saya pengguna waja campro 2008 auto . masalahnya , bila tekan minyak 1500 apm enjin mulai bgegar , sekiranya meter apm smpai 4000 enjin jd stabil pula .apa masalahnya di situ ? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuel filter kotor dan terdapat banyak karbon dalam ekzos puca utama enjin gegar

      Delete
  4. salam...rpm kerete tiba2 jd rendah...bile lepaskn clucth scara perlahan tiba2 mati dan mngundur juga sma...ape msalahnya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam masalah throttle/karburator,perlu servis ganti airflow sensor

      Delete
  5. Assalamualaikum..
    Saya p.guna wira 1.5 manual..masalahnye..bile speed isyrat engine nyala..N..time start engin..tiba..tiba timing down dan bunyi semput..semput..n bile jalan..tekan clutch..timing down..n engin mati..n time ON air cond pun sama masalahnye..what Problem ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,enjin semput akibat karbon yang banyak dalam ruang pembakaran,perlu servis thrott body/karburator ,jika boleh gantikan tabung ekzos,insyallah ok,jangan lupa ganti plug dan air filter setelah servis TB/Karburator

      Delete
  6. Salam Tuan,

    Pintu bergegar masa langgar line kuning dan jalan tak rata.

    Cermin tingkap klau turunkan separuh, gegaran pintu tu jadi kurang pulak.

    Absorber depan belakang baru tukar.

    Mohon pandangan dari Tuan,

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,pada pintu ada 4 skru dan 2 pemegang,jika pemegang beralih atau skru loose dan longgar akibatnya gegar mudah berlaku,perlu baiki semula kedudukan pemegang,skru dan dikunci ketat dengan baik

      Delete
  7. Kereta sy crv, Ada bunyi bunyi kasar semasa brek secara slow2, tiada kalau brek Serta merta. Apakah diagnosisnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ruang antara brek pad dengan disc,juga ada calar pada brek disc,ganti pad dengan yang ori supaya spesifikasinya betul tepat dan tiada ruang untuk berbunyi

      Delete
  8. Aslmkm..tuan..kete km kia spectra ls 2003 bila masuk gear D dia lambat nak jalan kenak masuk gear2 bru nak jalan,km dah tukar filter,minyak auto dan swichsensor,tpi tetap lambat nak jalan..gear 1&2 ok..mohon penjelasanya..terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada 2 sensor utama pada gearbox,jika speed sensor telah ditukar ini bermakna perlukan tukar pula shift solenoid sensor

      Delete
  9. assalamualaikum tuan..kereta saya Preve Exec, baru saja dapat indicator warning 'engine light' warna kuning tu..

    persoalannye dahulu dah check g SC, dah settle masalah kemudian jadi lagi? adakah memang kereta Preve mempunyai masalah ini selalu? bagaimana perlu mengatasi nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikujmsalam,soket sensor mudah leka atau kotor ,scan semula dan minta mekanik periksa soet dulu dan bersihkan ,kena air juga check engine light boleh menyala

      Delete
    2. semalam pergi check di kedai servis biasa. dia indicate 'intake air leak' dan ' throttle position sensor' apa perlu sya lakukan jika pergi ke servis proton? adakah still under warranty? jika tidak cover adakah mahal barang2 gantian di atas?

      Delete
    3. Komponen ini biasanya dikenakan harga di Service Centre walaupun dalam waranty ,kos kira2 RM400 juga

      Delete
  10. Salam…nk tanya. Persona auto, kunci on, bila masuk gear reverse, ada bunyi buzz lebih kurang 3-4saat dkt kwsn gearbox, mcm bunyi sensor..sblm ni xpasti ada bunyi mcm tu ke x.. knp ye…

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ganti minyak gear dan autofilter ada kemungkinan gear slip dan sukar melekat

      Delete
  11. As salam tuan, saya baru baru beli kancil L2 terpakai.Tuan asal kereta ni pakai turbo yg besar.Masalahnya bila saya tukar kpd turbo yg asal balik enjin menjadi overboost dan selalu cut of bila boost dkt2 1.5 bar.Saya perhatikan head gasket sudah dilapik dengan 2 kpg.Perlukah saya buang 1 gasket. Tq atas respond tuan

    ReplyDelete
  12. As salam tuan, sy bru beli kancil terpakai enjin L2.Owner asal pkai turbo besar tp saya tukar pakai turbo standad. Masalah saya skrg ialah boost nya terlalu tinggi dan akan cut pd 1.5 bar. Sy dapati head gasket juga sdah di lapik 2 kpg. Perlukah saya buang 1 gasket utk mendptkan boost yg standard, tq atas respon tuan.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum tuan . Knp bila saya masuk gear 3 utk mendaki terdpt getaran pada head injin sdgkn bukit tersebut tdklah tinggi sgt dn bgitu jga bila di jlan yg rata . Bukan hny bila masuk gear 3 shj. 4/5 jgaa adakalanya mengeluarkn bunyi tersebut . Soalan kedua sya pula , apakah kelebihan dn keburukan bila gunakan grounding wire 2/3/4/5 point pada kereta ? Mohon penyelesaiannya utk persoalan saya ni. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,bila ada bunyi dan getaran itu tanda gerigi gear drive shaft dalam ke gearbox telah haus.Perlu ganti sebatang drive shaft luar dan dalam kiri dan kanan gearbox.

      Grounding yang terlalu banyak adalah tidak elok kerana semua aliran cas negatif akan bertumpu kebody dan mengakibatkan body menjadi terlalu panas dan merosakan wiring dan komponen

      Delete
  14. Salam tuan. Kereta sy perodua kenari ada leaking di belakang oil filter. Berapa anggaran kos utk baiki ? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar oil filter sudah memadai,kosnya rm50

      Delete
  15. salam..nk tya knp lampu depan x menyala sedangkan smua fuse & relay ok,adakah disebabkan coloum switch problem?klu tukar berapakah kos nya..(wira carburator)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,panel suis problem,ini biasa berlaku,kos tukar kira2 rm300

      Delete
  16. salam tuan...apakah myk enjin yg sesuai utk persona tahun 2010..? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,minyak mineral juga boleh ,gred 20w50 atau minyak semi 15w40 ,jenama boleh dipilih,saya syorkan castrol,petronas atau lucas

      Delete
  17. assalam tuan.. sy baru masukkan enjin 4g91 kacuk gearbox wira 1.5 auto.. skrg masalah sy bila bawa kereta jadi tersengguk2.. waktu parking pun sama bilamana sy tekan minyak kedengaran semput2.. sy dah check cable plug api kuat.. boleh tlg sy.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,wiring perlu dibaiki,kebanyakan wiring enjin adalah pada setting asal,perlu reset ECU dulu

      Delete
  18. Salam Tuan, ada persoalan lg... Mengapa berbau hangit dari dlm keta bila ON aircond, aircond sejuk sj, x ada masalah (dri pndgn sya), bila buka bonet depan bau tu lagi kuat dan datang dri sebelah kiri, berhampiran kotak fius, air filter dan area berhampiran. keta jenis Honda stream 2003, auto 2.0... Mohon tuan dapat bantu sebab hantar bengkel dia kata tak pasti. *sblmni isu indicator ABS, SRS tp dah ok atas jwpn Tuan.Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bau hangit jika auto sensor tidak memadamkan kompressor secara auto,mungkin ia akan kembali baik dan jadi semula,sebaiknya ganti cooling sensor

      Delete
  19. Salam Tuan, lampu od/off myvi Auto(2007)saya baru2 nie kerap menyala bila naik bukit atau speeding. Bila berhenti dan tugar gear ke N, lampu od/off padam sendiri. Mekanik cuba kesan melalui computer tapi x dapat kesan apa2 masalah. Saya dh tukar filter gearbox dan ganti minyak auto sekali tapi masalah sama tetap berulang. Boleh tau knp jadi mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,resetkan dulu,cabut negatif batri kira2 10 minit dan pasang semula kemudian hidupkan enjin,jika ia masih ada bermakna speed sensor mungkin rosak atau soketnya kotor atau longgar

      Delete
  20. Tuan..sya penguna perodua viva..kenapa stiap kali sya brek atau cornering mesti da bunyi 'tak tak tak'..lepas hilang..tpi sya sdah check break pad..smua ok saja..even sya bhenti pun msih juga bunyi tpi bunyi skali skala saja..mcm mana nii tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ganti belting luar aircond,power stereng dan alternator

      Delete
  21. Salam tuan, kenapa keta sya da bunyi 'tak..tak..tak'semasa cornring or bhenti sketika..bila sya tekan padle minyak..baru bunyi tu hilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kadangkala ada bunyi bergesel pada belting dan bering ,sebaiknya gantikan belting pulley luar

      Delete
  22. Salama encik. Saya sekarang ni guna perodua kembara tahun 2000. Saya ingat nak tambah minyak hitam. Minyak hitam apa yg sesuai dengan kereta saya ya? Dan selalunya berapa kos untuk tambah minyak hitam? Sebab saya nak tambah minyak hitam je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,gunakan perodua genuine oil 10w30 dan tambah minyak,gunakan jika ada yang satu liter

      Delete
  23. Assalamualaikum. Sy menggunakan kereta myvi 1.3 tahun 2013. Sy beli 4 tahun yg lalu. Mileage skrg adalah 60000km. Adakah saya perlu menggunakan minyak hitam yg sama iaitu SAE 5w30 semi synthetic brand petronas atau boleh bertukar kepada minyak hitam yg lain? Adakah saya juga perlu menukar spark plug & minyak gear auto memandangkan mileage dah sampai 60000km. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,perlu ganti minyak auto,autofilter,plug,oil filter,air filter,minyak hitam boleh tukar 10w30 perodua ,15w40 atau gunakan yang sama

      Delete
  24. Aslmkm tuan...nk tanya steering ada bunyi erk erk. Ketika layan selekoh...bila jalan lurus bunyi hilang..honda sm4

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,selain dari bunyi drive shaft ,bunyi stereng rack juga boleh terjadi

      Delete
  25. Assalamualaikum tuan.
    Saya pemilik kereta proton persona. Baru-baru ini, kereta saya enjin tak boleh lajak dan keluar enjin warning. Jadi saya bawa ke workshop luar, lepas scan mekanik tukarkan ignition coil. Tapi masalah rpm tak boleh naik lebih dari 4000rpm pula. Lepas tu bawa ke servis centre proton, mekanik tukar O2 sensor dan cam sensor. Enjin elok sekejap. Lepas beberapa jam, masalah rpm tak lepas 4000rpm datang lagi. Agak-agaknya apa masalahnya tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,speed sensor berkemungkinan bermasalah,cuba resetkan dulu,cabut ECU/ECM fuse 30 minit dan pasang semula,start enjin dan gunakan seperti biasa,jika masalah masih sama ada tanda speed sensor bermasalah

      Delete
  26. Assallam tuan,saya ada kembara auto,masalah kereta saya adalah tidak boleh start engine masa waktu pagi nak pergi kerja,mekanik dah panggil utk check kerosakan,mekanik kata api x keluar,cable tidak bermasalah mekanik dah test dgn tester pen,cable masih baik.Mekanik beranggapan masalah itu datang dari komputer box atau flayer.Apa pendapat tuan?
    *minyak kereta petrol masih byk.
    *minyak engin masih ada.
    *starter masih ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,api hilang jika distributor rosak dan tidak bekerja langsung,gantikan insyallah ok

      Delete
  27. Saya ada masalah kereta auto...waktu pagi nak pergi kerja,kereta tiba2 tak boleh start. Mekanik dah panggil utk periksa masalah kereta...tapi mekanik juga susah nak detect masalah kereta aku,masalah kereta itu api masa start kereta tak keluar...

    *Starter x ada masalah mekanik dah check guna tester pen.
    *Minyak petrol kereta masih lagi banyak.
    *Minyak engin masih lagi ok.
    *Spark plug masih ok.

    Mekanik kata mungkin masalah itu datang dari computer box atau flayer,apa pendapat tuan dalan hal di atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,api hilang jika distributor rosak dan tidak bekerja langsung,gantikan insyallah ok

      Delete
  28. sy nak tnya...kereta avanza 1.3 sy minyak hitam tak jalan keseluruh enjin...sbb nya mekanik dah tukar oil pump gan tiup guna tolakan angin tapi minyak hitam tetap tak jln..lpas tu mekanik suru tukar ring2 piston...msih tak jln minyak hitam tu..apa masalah nie ye????

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu periksa engine bearing dan crankshaft ,ada kemungkinan calar dan crankshaft perlu dipolish dahulu dan ganti engine bearing

      Delete
  29. As.kum sy nak tanya kereta iswara sy bila sy masuk gear d enjin mati batt3 terus kosong..kalau nak start balik kena jumpe dulu baru enjin hidup..bila start kadang2 enjin susah nak hidup macam minyak tak naik pun ada...apa masalah nya ye & berapa kos untuk repair...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada sensor yg rosak,mungkin speed sensor,kos tukar kira2 rm500

      Delete
  30. Assalammualaiikum bang,sy ada maslah kereta perdana v6.semasa beli dulu kereta mmg ada asap putih,sy guna kereta tu selama 7tahun baru sy bt overhoul..tp yang sy hairan asap masih keluar asap, tp sket ajalah.. Adakah asap yg keluar tu dari ekzos?sbb 7tahun sy guna mungkin dlam ekzos ada minyak lama..mintak penjelasan dari abg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,asap putih biasanya jadi bila piston ring haus atau ada terdapat coolant yang bocor sedikit ke ruang bakar,jika ekzos masih ada keluar asap putih sedikit ia mungkin dari ekzos ada lebihan saki baki air ataupun piston ring calar semasa pemasangan

      Delete
  31. Salam. Sy nk tnye. Knp stiap kli start kete, kereta mcm semput². Dlm 2/3 minit semput tu hilang sndiri. Bila drive okey je xde semput pun. Bawak g workshop pun dia xdpt detect problem apa. Sbb dia kata semua okay. Kereta proton saga flx

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,soket sensor ada sedikit kotor,cabut soket sensor O2 dan bersihkan

      Delete
  32. Assalam....
    Sy pkai myvi 1.0 manual tahun 2005 first model. Masalah skrg blum smpai tempoh untuk servis minyak hitam dh kering(tiada sebarang leaking pd enjin) Sy dh bw ke bengkel mekanik kata enjin dh makan minyak hitam, tp tak boleh overhaul,betul ke? Bengkel sarankan tukar enjin terus. Enjin apa yg sesuai dan berapa anggaran kosnya termasuk pemasangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,semua enjin boleh dioverhaul cuma ada sesetengah mekanik ingin mengelakan kerja banyak dengan menukar enjin.Sebaiknya masuk enjin asal yang sama model untuk mengelakan gangguan pada wiring,enjin starlett juga boleh,kos pemasangan kira2 rm8000

      Delete
  33. Salam... Kereta myvi kalo repair overheating kos dia berapa ya.... Sb saya ada buat dgn formen di kg (manjung) gasket+ polish skimming kos dlm rm400 tidak termasuk labour cost... Adakah berpatutan dgn harga tersebut???

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum..saya ada proton persona 2011 manual.. bila hidupkan aircond,suhu memang sejuk tapi angin x brp kuat walaupun pusing switch aircond ke tahap yang maximum.. apakah masalah Dan berapa Los..minta penjelasan dari Tuan... 01110030193

    ReplyDelete
  35. Assalammualaikum..saya pengguna proton persona 2011 manual.suhu aircond memang sejuk.. tapi bila saya pusingkan switch aircond ke tahap yg maxima hanya kedengaran bunyi angin yg kuat..tapi angin yg keluar x kuat. Mohon penjelasan dari tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada terdapat bocor hose pada laluan angin keluar mungkin hose tercabut dari sambungannya atau dari cooling coil

      Delete
    2. Assalamualaikum en, kelisa saya leaking agak teruk juga di oilseal. Soalan saya boleh ke saya top up minyak hitam jenis 20/50 sebelum nak hantar repair dan keburukan apa yg saya terima kalau minyak hitam tuh habis langsung?

      Delete
    3. waalaikumsalam,enjin akan mati jika minyak hitam tersangat kurang,perlu baiki segera oil seal yang leaking,minyak top up tiada masalah untuk guna jenis yang berlainan asalkan ia minyak hitam

      Delete
  36. Assalamualaikum tuan
    Sy ingin bertanya mengenai kia carens 1 1.8cc nak tukar kepada engine toyota wish 1.8 agaknya sesuai tak dan jika boleh anggaran brp kosnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,boleh tukar cuma pastikan wiring gunakan wiring baru,insyallah ok

      Delete
    2. Kos minima kira2 RM10000 tetapi boleh cecah RM15000 jika tukar wiring

      Delete
  37. Assalamualaikum encik mekanik kereta,

    Saya pengguna kereta wira 1.5GL (karburetor) dan dipasang NGV. Kelmarin kereta saya baru tukar oil pump dalam enjin sebab tersumbat (lampu check oil menyala).

    Sekarang ni, kereta saya ada masalah rpm drop bila saya on aircond/engage gear auto. Sampai mati enjin.

    Asap putih juga keluar bila saya memecut, tetapi bila idle tiada asap keluar.

    Boleh encik cadangkan apa cara yang terbaik utk atasi enjin mati tu?

    -syazwan24@gmail.com-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,reset dulu sistem ECU,cabut fuse ECU 30 minit,pasang dan hidupkan enjin

      Delete
  38. Assalamualaikum w.b.t

    Saga Flx Auto..Nak tanya knp bila pecut @ memotong lebih 100kmj.. enjin jd terenjut2..mcm jatuh gear..skrg takut nk bwk laju @ memotong sebab takut enjim2 tibe2 mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu ganti speed sensor,minyak gear dan autofilter,insyallah ok

      Delete
  39. slm,sya pkai keta iriz 1.3 auto
    slma 1 thn lebih..
    masalhnya,pintu tak boleh lock n bonet tak boleh buka..dh 8 Kali hntar ke kedai proton untuk gnti fuse n wiring..tapi pkai sekejap jadi balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika ini masalah immobilizer,perlu program semula ECU,minta Servis centre buat remapping

      Delete
  40. Assalamualaikum..sy pakai kereta myvi 1.3 auto..display gear N D2 & P hilang,untuk display gear L D R xder masalah. battery pn dh tukar baru..bila try utk start kosong xder crank..agak2 apa problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,negatif connection hilang,tambah relay starter

      Delete
  41. Assalamualaikum, sy pakai kancil auto 850, tahun 2001 lampu petak. Saya ada masalah engin mati bila behenti wktu jem atau dkat traffic light. Dlm dua hari msti akan jdi skali. Sy dah hantar bengkel
    Ini yg dorang buat:
    1.tukar Air filter
    2.tukar Plug
    3.tukar Fuel Filter
    4.cuci karburetor
    5.last tukar distributor, yg neh mhal. Adoi. Tp org bengkel ckp confirm sbb tu.
    Tp masih jadi jgk. Dah pening neh xtaw punca nye ape.
    Mntak advise tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tukarkan actuator dan hose vakum ke sambungan diaphragm sebelah distributor serta mana2 hose yang menggunakan actuator

      Delete
  42. Assalamualaikum tuan, bengkel kat mana? Nak hantar saga blm auto utk major service

    ReplyDelete
  43. Salam boleh taw .anggaran Koz overhaul saga blm (a) brapa ya

    ReplyDelete
  44. Kereta tersengguk-sengguk bila tekan pedal minyak masa bergerak apa punca nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. gantikan plug coil dan fuel filter,minyak kotor dan api pecah ,2 punca utama kereta sengguk ketika bergerak

      Delete
  45. Assalamualaikum Encik,

    Saya Din pengguna Honda City Automatic Transmission keluaran tahun 2006. Masalah saya bermula sekitar penghujung tahun lepas, apabila RPM kerap kali drop sehingga ke paras 400 - 600 berserta dengan bunyi ketukan yang kuat dibahagian bawah kereta ataupun di bahagian enjin ( lokasi bunyi sebenar terhasil xdpt dikenal pasti ). Bunyi ketukan ini terhasil terutama sekali ketika saya hendak menukar gear dari 'P' ke 'D' dan juga lampu gear 'D' pada dashboard saya turut berkelip-kelip.

    Selepas didiagnosis di bengkel, sy diberitahu hanya perlu menukar satu set 'coil plug' dan juga 'spark plug'. Hasilnya, tiada lagi masalah RPM drop secara mengejut untuk beberapa bulan.

    Malangnya, sejak bulan Mac 2017 masalah yang sama berulang lagi dan menjadi semakin teruk dari hari ke hari.

    Yang paling membimbangkan saya sekarang apabila saya cuba memecut/memotong/keluar simpang, enjin kereta saya seperti kehilangan kuasa pecutan secara mendadak dan kepayahan pertukaran gear untuk berlaku sehingga menghasilkan gegaran yang kuat berserta dengan bunyi ketukan besi yang semakin kuat berbunyi.

    Untuk pengetahuan encik, baru-baru ini saya juga ada menukar minyak gear dan membuat 'flush' (kalau xsilap) menurut bengkel tetapi belum juga lagi mampu menyelesaikan masalah yg saya sedang hadapi.

    Jika tidak keberatan, saya mohon jasa baik encik agar dapat memberi cadangan berdasarkan pengalaman encik. Mudah-mudahan saya dapat mengatasi permasalahan yang menimpa sy.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam saya cadangkan tukar speed sensor,insyallah ok

      Delete
  46. Salam. Saya drive viva. Lately ni enjin kereta kadang2 termati sendiri bila stop defat traffic light. Kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,RPM rendah buat tuning enjin,ganti plug dan air filter

      Delete
  47. Salam tuan mekanik ... saya pengguna toyota vios 2015 ... kereta saya bunyi kuat mcm : ktak..ktak..ktak.. di bhgn depan sebelah kanan pemandu apabila melalui jalan berlubang atau jalan yg tak rata ... makin lama makin kuat bunyinya ... report pd formen toyota dia kata mungkin berpunca drp engine mounting ... tp dashboard dan stereng tak bergegar pun ... apa yg saya tahu stereng dan dashboard akan bergegar kalau engine mounting bermasalah ... harap penjelasan drp tuan mekanik ... TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,jika pecah getah engine mounting atau gearbox,kedudukan akan lari dan bergoyang apabila dipandu,pastikan mounting tidak pecah dulu kemudian beralih ke absorber link ,adakalanya link menyebabkan bunyi demikian

      Delete
  48. Assalamualaikum,saya gunakan kereta iswara 1.3 manual, masaalahnya sekarang ni, yg berlaku enjin bergegar sampai ke dashbord dan stering bila tekan minyak, bila lepas tekan minyak, enjin tidak mengegar, bila tekan minyak dia bergegar semula, dan seperti rasakan enjin nak gugur...sebelum tu cable plug dan plug dan oil filter telah ditukar, masih juga berlaku yg sama, apakah puncanya gegaran tersebut, timing pun jadi tinggi atas sebab tersebut,tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,perlu servis karburator dan tuning semula ,jika RPM terlalu tinggi akan sentiasa membuatkan enjin bergegar

      Delete
  49. Assalamualaikum, saya memandu hyundai matrix 1.8 auto tahun2003.

    Apabila memandu, gear masuk dengan lancar, tp bila mencapai kelajuan 60km/j ke atas, bila saya lepas minyak utk kurangkan kelajuan, kereta akan jerking dn enjin mula mengaum, rpm terus tinggi (60km/j rpm hampir jejak3000) dn gear x kn naik lagi lepastu. Saya perlu berhenti dh matikan enjin, start semula, keadaan akan jd normal semula tp kitaran diatas akan berulang lg bila saya nk kurangkan kelajuan. Adakalanya, bila dlm keadaan normal pun gear macam x masuk sempurna. Signal check enjin mmg sentiasa bernyala dari mula enjin dihidupkan.

    Camshaft sensor dan plug baru ditukar..

    Boleh bantu saya x? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,untuk sensor sebaiknya buat scanning ,pengalaman saya sensor O2 ada masalah dan kalau boleh tabung ekzos perlu diganti manakala fuel filter perlu ditukar juga

      Delete
    2. Baru pegi bengkel td buat diagnosis, dia cakap 'gear 4 incorrect ratio'. Pomen suggest tukar gearbox terus. Mmg xde solution yg lebih murah ke?

      Delete
    3. dari segi elektrikal,ratio ditentukan oleh transmission sensor/input dan output,kemungkinan untuk sensor ini rosak juga ada

      Delete
  50. Terima kasih untuk reply.. boleh saya tahu bengkel tuan di mana ye?

    ReplyDelete
  51. Salam encik. Saya nak tanya sesuatu. Saya pengguna kereta myvi. Baru dua hari lepas masa saya start kereta waktu pagi untuk pergi kerja saya perasan yang lampu bahagian bar minyak,milege tak menyala. Boleh saya tahu apa puncanya dan kalau tidak dibaiki dengan segera akan memudaratkan kereta saya tak. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tidak bahaya,hanya mentol lampu tersebut terbakar saja

      Delete
  52. Sy drive Kia Rio 1.4 2013. Bunyi brek tiap kali berhenti. Pomen ckp brake pad tebal lg....bahaya x kalo biarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. brek pad kotor dan jika tak pakai original mungkin spesifikasi brek tak sama dengan original

      Delete
  53. salam boss, kerata (viva) saya masuk bengkel , mekenik ckp rosak computer box.. agak2 brapa kos dia..

    ReplyDelete
  54. Salam tuan, saya drive Vios 1st model Auto. Saya nak tanya sejak semalam bila saya masuk ke gear D kereta gegar2 macam semput tapi bila tukar ke P ok je kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam,periksa minyak gear,gantikan mungkin kotor dan berkeladak,autofilter juga setelah itu reset dengan cabut ECU fuse 30 minit

      Delete
  55. salam abg.
    sy pkai waja.timing jap tinggi smpai 2500 rpm.lpas tu trun smpai bwh 1000 rpm enjin trus mati.dh tukar trotte body tp sama problem.tima ksih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam tukarkan camshaft sensor,inshallah ok

      Delete
  56. assalamualaikum tuan. saya nak bertanya. dah lama benda ni jadi dan dah buntu dah. nak tnya pomen kat tmpt saya takut tak betul pulak apa dia kata. saya pakai proton saga iswara. timing kereta ok mcm yg abg cakap pastikan dlm keadaan 900-1000rpm. tapi, bila tgh drive & pakai aircond kereta saya terasa berat nak mampus sampai ada keluar bunyi knocking. bila tak pakai aircond takda pulak knocking tp still berat hingga kadang2 nak overtake motosikal pun enjin sampai meraung. keluar simpang pun berat sangat rasanya. bila awal pagi atau enjin kereta sehabis sejuk, nak start kadang2 sampai 2 3 kali. nak drive terpaksa tunggu enjin panas betul2 sebab kereta akan terhenjut2 kalau saya drive terus lepas start. rpm rendah dlm 200. boleh bagi cadangan tak apa yang perlu saya buat? terima kasih atas maklum balas tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,tukar air radiator,ganti coolant,ganti motor kipas aircond dan radiator,in shallah ok

      Delete
  57. Salam..encik..sy guna kereta alza standard auto 2011. 2 minggu lepas baru sy buat servis tukar minyak hitam,oil filter & minyak gear.. tp minggu lepas, kereta sy jadi semput bila berhenti..rpm jd rendah..sy bwk pegi bengkel. Dia check coil plug ok,plug ok. Then dia servis TB dgn masukkan chemical utk cuci enjin.. lepas buat tu ok, rpm pun naik.. tp bila mlm sy drive lg skali, jadi lagi semput2 bila berhenti.. paling teruk sampai enjin mati.. kenapa ye? Harap dapat tolong.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan idle sensor pada throttle body,inshallah ok

      Delete
    2. berapa kos untuk gantikan idle sensor ye encik?

      Delete
  58. Assalam tuan..kereta hyundai getz..clutch rasa kosong..apa problem nya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,clutch rasa kosong JIKA CLUTCH PUMP BOCOR,ADA 2 CLUTCH PUMP,SATU PADA PEDAL SATU LAGII ATAS GEARBOX

      Delete
  59. Assalam tuan.. Kereta kancil 660 temperature naik max xsmpai 10mnt tp air xkering bile check. Adakah radiator tersumbat dan berapa kos ganti atau cuci? Atau mungkin ada kerosakkan lain? Terima ksh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gantikan coolant temperature sensor sudah memadai

      Delete
  60. Assalam...kereta preve sy sewaktu permulaan untuk bergerak mengeluarkan bunyi berdengung di hadapan.. mula terjadi sewaktu mula belok steering.. sekarang mula gerak lurus pun bunyi dengung.. ia bunyi time mula gerak je.. dh jln ok plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,dengung begini akibat bearing roda yang kurang baik ,sebaiknya ganti

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>