Mekanik kereta: Kesan-kesan buruk ke atas enjin akibat isyarat sensor yang lemah
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492 Maaf buat masa ini hanya Whatsapp saja yang dilayan!

Sep 21, 2015

Kesan-kesan buruk ke atas enjin akibat isyarat sensor yang lemah


Sistem 'drive by wire' dalam arus teknologi kereta kini telah mengkayakan lagi penggunaan sensor secara keseluruhan dalam penghantaran isyarat ke ECU (Engine Control Unit) untuk tindakan susulan dalam  mengawal pergerakan  komponen kearah kestabilan enjin khususnya dan kereta secara amnya.



Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-

1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
2)Sensor Kawalan Enjin

Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,

Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.


Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.


1) Throttle Position Sensor

Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.


2) Knock sensor

Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage  dari knock sensor akan memudahkan  enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin  mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan.

5) Camshaft Position Sensor

Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api) supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

6) Coolant Sensor (CTS)

CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagaln sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa  ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had  maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

9) Speed Sensor

Speed sensor berada pada  2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.


10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara.



Kesemua 10 kesan keburukan dan simptom kerosakan atau kegagalan sensor dan kegunaannya adalah kesan utama yang akan terjadi jika berlakunya kegagalan sensor.Lazimnya sensor ini berperanan menstabilkan enjin untuk pecutan dan kuasa ketika memecut dan pemanduan yang lebih baik


Sensor juga mudah gagal jika terkena air terutamanya selepas membasuh enjin dan terlanggar lopak air yang banyak dan sensor yang paling mudah terdedah pada air ialah sensor O2(Ekzos sensor) dan speed sensor gearbox








652 comments:

  1. Slm abg arshad.apa masaalh petrol jadi sekali ganda meningkat.bila kelajuan 90km ke atas keluar cek enjin.wira 1,5 injection

    ReplyDelete
  2. salam,wira 1.5..injection..ape masalah brek bile tekan jdi kosong..kena pum lu..bru ada brek..help.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Salam...saya xtahu kat mana ruang nk nyatakan persoalan...
      Disini saya nk bertanya..baru2 ni saya beli wira 1.5 auto 99...bila kereta bergerak dlm kelajuan 50km/h...akan mula berasa gegaran...boleh saya tahu masalah apa?...terima kasih

      Delete
    2. Lagi satu..sy bcadang untuk mendptkan peugeot 307 sw 1.6...boleh sy dptkan nasihat dn pendapat tuan bkenaan dgan model ni...dr segi maintenance n adkah kereta model ni selalu mendtgkan masalah...terima kasih

      Delete
    3. wslm,gegaran boleh jadi sebab mounting gearbox dan enjin pecah

      Delete
    4. Alatganti peugeot saja yang agak mahal dan sukar didapati,kereta tersebut masih boleh dikelaskan dalam keadaan kurang bermasalah

      Delete
  4. klu tambah minyak brek..je..mcm ne? klu repair kos..baiki bpe?

    ReplyDelete
  5. knpe lampu isyarat handbrek mnyala..handbrwk doh turun..nyala..x hilang2...mati enjin bru xnyala.

    ReplyDelete
  6. Assalam saya pakai. Viva auto.msalahnya bila saya masuk gear D untuk begerak.enjin kreta saya mati secara tba2.apa msalah nya ye.bleh tuan. Bri infio

    ReplyDelete
  7. Assalam saya pakai. Viva auto.msalahnya bila saya masuk gear D untuk begerak.enjin kreta saya mati secara tba2.apa msalah nya ye.bleh tuan. Bri infio

    ReplyDelete
  8. @Unknownwslm,ada masalah sensor,biasanya sensor crankshaft position sensor dekat dengan starter

    ReplyDelete
  9. salam tuan. saya pandu kereta kancil 850. ketika naik bukit atau jln yg menaik pada kelajuan perlahan, kedengaran bunyi kluk kluk pada bahagian hadapan kereta. lower arm, absorber baru tukar. adakah berpunca dari driveshaft? mohon pandangan. lagi satu, kereta saya terasa hentakan yg tidak menyenangkan ketika lalu line kuning yg agak tebal. bahagian mana lagi yg saya perlu tukar untuk memastikan rasa hentakan tu berkurang?

    ReplyDelete
  10. @Khairun Najmiwslm,yang pasti drive shaft dalam dah lusuh.Bunyi hentakan biasa jadi lebih kuat jika getah absorber tak ditukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Getah absorber tu mounting absorber ke? Mounting absorber pun sudah ditukar. Adakah spring memainkan peranan? Sebab saya masih menggunakan spring yg lama. Saya jangka setelah tukar absorber jenis oil, sedap sikit. Tapi still hentakan rasa keras sampai melambung2. Rasa tak best pulak.

      Delete
  11. assalam tuan, sy nak tye berkenaan masalah kereta wira sy, kadang kdang semput kadang2 oke, sy prgi hangar bengkel n pomen ckap masalh gasket head..boleh sy thu ape kesan akan dtang kalu sy hold repair tu.. harap tuan balas..terima kasih

    ReplyDelete
  12. @shahrul idhanwslm,kalau karburator servis karb,servis throttle body kalau guna tb.

    2.untuk pengetahuan tukar gasket head cuma untuk enjin yang panas

    ReplyDelete
  13. @Khairun Najmiok,kalau dah tukar,cuma spring mungkin dah terlalu lembut dan rapat jadi keras,mesti ganti spring juga

    ReplyDelete
  14. Salam. Sya nak tnya klau ganti rugi kete bmw boleh cecah 3k ke? Bumper dn pntu kemek, side mirror dgn lmpu dpn pecah satu. Accident. Hehe

    ReplyDelete
  15. @a-fah Nurhidayathiewslm,boleh.lebih pun boleh part bmw mahal sikit.

    ReplyDelete
  16. Salam..saya ada masalah dengan knock sensor.dekat mana kedudukan knock sensor myvi 1.0? Adakah bawah manifold jga?

    ReplyDelete
  17. Salam..saya ada masalah dengan knock sensor.dekat mana kedudukan knock sensor myvi 1.0? Adakah bawah manifold jga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. wslm,crank sensor akan sentiasa berada berdekatan crankshaft biasanya bawah manifold

      Delete
  18. @fitri musawslm knock sensor sentiasa akan ada pada blok bawah manifold

    ReplyDelete
  19. Assalam..enjin kereta dah off,tp kipas radiator still berpusing.relay masih berfungsi dgn baik.ape masalah die ye.blh bg pencerahan x..tq

    ReplyDelete
  20. Assalam.knape ye kipas radiator tu brpusing je.sdangkn kereta xhidup.cek relay still ok.blh bg pncerahan x..

    ReplyDelete
  21. @Zaff Bellawslm,cabut relay bertanda RAD dan pasang semula setelah enjin sejuk,terdapat panas pada radiator yang menyebabkan kipas berpusing terus,perlu ganti thermostat dan servis radiator untuk kembali normal

    ReplyDelete
  22. @Unknownservis radiator dan tukar thermostat

    ReplyDelete
  23. Salam en arshad. Tempat letak kaki bahagian pemandu kerap basah dan kadang kala air bertakung apabila hujan lebat atau selepas cuci kereta. Mengikut pengalaman tuan, apakah yang selalu menjadi punca masalah ini? Kereta saya jrnis kancil. Terima kasih

    ReplyDelete
  24. @Khairun Najmiwslm,getah pintu dah lusuh dan perlu ditukar,insyallah ok

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum en Arshad.. Bile sy tahu bengkel en kt mna ye ?

    ReplyDelete
  26. Salam abg arshad,

    persona saya mengalami masalah aircond dan power window tidak berfungi secara tiba2.. dan warning kereta yg berwarna kuning tue dok asyik menyala..
    saya dah check bghn fuse tp tiada yg bermasalah..

    Minta tolong abg arshad bagi pandangan mengapa dan bagaimana nak selesaikan masalah kereta saya nih.. rase mcm dok dlm sauna je bang klu bw kete tgh2 panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,reset ecu dulu,cabut negatif bateri 10 minit ,pasang semula start tengok macamana

      Delete
  27. Salam abg arshad,

    persona saya mengalami masalah aircond dan power window tidak berfungi serentak secara tiba2.. dan warning kereta yg berwarna kuning tue dok asyik menyala..
    saya dah check bghn fuse tp tiada yg bermasalah..

    Minta tolong abg arshad bagi pandangan mengapa dan bagaimana nak selesaikan masalah kereta saya nih.. rase mcm dok dlm sauna je bang klu bw kete tgh2 panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,reset ecu dulu,cabut negatif bateri kira2 10 minit,kemudian pasang dan hidupkan,jika lampu kuning check engine itu mati insyallah akan ok

      Delete
  28. As salam abg arsad. Dimana bole sy beli cd auto data. Harap dpt bntu sy. Dah lama sgt cari. Harap bole email sy rnexc12@gmail.com. trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tanya dikedai2 alatganti kereta yang ada logo model kereta saudara

      Delete
  29. as salam bang....
    sy ada masalah kod error
    3) map sensor low voltage
    7) TP sensor low voltage

    soalan sy,kenapa kedua2 ni low volt dia...sy dah chek ref 5v pd soket tp sensor,tp multimeter xde menunjukan 5v pd mutimeter...yg peliknye low volt tu dua2 sensor skali....perlu ke sy tukar tp sensor atau map sensor...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar sensor tersebut insyallah ok

      Delete
  30. Assalam Sdr Arsad. Saya dah tanya sebelum ini. Tapi nak perincikan lg. Kereta sy Hyundai Elantra 1.8 auto model 2002. Sy dah tukar seal fkywheel, myak gear isi cukup dan tukar speed sensor. Gear masih tak mahu bertukar ke gear tinggi. Lampu enjin msh menyala. Sy cabut negatif bateri 10 minit. Lps tu ok. Jalan tak berhenti gear rasa ok. Tp bila pusing2 bandar enjin panas sikit lampu enjin timbul semula dan gear susah bertukar. Bila berhenti sudah pula nk start. Kena start byk kali dan tekan myak itu. Hidup tapi tak smooth. Saya buka lagi negative bateri. Ok gear smooth. Pusing bandar jadi lagi. Proses ni sy lakukan berulang kali. Mohon pandangan sdr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saudara perlu tukar solenoid shift,jika tak ditukar ia tetap akan demikian

      Delete
  31. Berapa harga solenoid shift tu. Perlu tukar semua atau bahagian yang rosak sahaja. Bolehkah dibersihkan sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tukar,tidak boleh dibersihkan saja kerana didalamnya terdapat gegelung wayar yang menjadi kuasa bagi keseluruhan shift auto transmission

      Delete
  32. Assalamualaikum en arsad.
    Sy guna kereta chevrolet optra 1.6 tahun 2004. Masalah kereta sy ialah rpm jd turun naik bila kereta tgh pecut pd kelajuan 80km ke atas. rpm jd turun naik pd 3 dan 1. klu gear N atau klajuan bawah 80km rpm enjin stabil mcm biasa. cuma bila tukar ke gear N enjin mcm nak mati skjp tp stabil blk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      Speed sensor mungkin bermasalah perlu tukar speed sensor!

      Delete
  33. Halo...nak tanya ni.biasa rpm kat 1 bila baru start,tapi yg ni kat 0 kadang kat 1 pula..apa masalh nya ..dan tekn minyak tapi pick up x naik..lambat baru naik

    ReplyDelete
  34. Salam tuan, sy nak tanya psal top overhaul kereta waja campro berapa kosnya. .t.kasih

    ReplyDelete
  35. Assalam tuan.sye nk tnye skit brkenaan wira 1.5 sye.dlu sye ade service thotlebody.lpas pda tu kereta sye ssah nk start.kdang2 ok kdang2 xok.ble hidup enjin bnyi mcm 3silinder.lme sikit tkan2 pedal mnyak bru ok.lpas pda tu check enjin pulak menyala.dlm 1bln kot check enjin menyala.skrng ni trus xblh hidup walaupun start bnyak kli.blh tuan kongsi information skit tntng msllh sye.trme ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tps sensor throttle body rosak,gunakan code scanner diwsyop untuk pastikan sensor bermasalah

      Delete
  36. Salam,maaf soalan lari topic. Masalah alarm keta waja. Bila tekan remote nk lock keta mmg x function. Lampau led merah kt kunci/remote mmg menyala. Bila cucuk kunci mmg berbunyi warning kunci tu sblm pusing ke on position. Bunyi tu biasa la kn takut owner terlupa cabut kunci. Ada x reset button dlm kete waja bg kes alarm x berfungsi mcm ni. Masalah skrng lock/unlock x detect pada remote. Lock manual pakai kunci pusing mcm kunci tombol rumah. Yg sy risau kalau nk tukar batt baru. Slalunya bila tukar batt baru alarm akan bunyi dulu...pastu tekan remote ok settled. Klu kes mcm ni mcm mna nk tukar batt nnti menjerit alarm keta remote pun x function. Sy tukar batt keta sendiri. Abg arsad, tlg bg nasihat cara2 nk settled masalah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasanya waja ada reset button sebelah kanan driv er bawah kaki atau atas panel dashboard.

      Kalau tukar bateri pasangkan positif dulu kemudian sentuhkan negatif dua kali sehingga alarm bunyi dua kali itu tanda reset

      Delete
  37. Mohon bantuan tuan...bahagian crankshaft sensor kereta mcm ada kesan minyak kuar...apa punca berlaku..mohon bantuan tuan..kerta myvi 1.3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sensor dah lusuh tak tahan panas sudah!

      Delete
  38. Salam,sy pakai kereta Nissansentra, knp stiap kli nk start gear auto D xbrgerak.. Kne tunggu lama skitbru brgerak.. Situasi mcni bhya x klu sy nk balik jauh Dr Penang ke terengganu, lalu jalan brbukit.grik. satu lagi, kosnya dlm lingkungan brp original dDan secondhand?? Mintakgear dh cek..penuh je. Skrg ni sy prlu jgk bwk kreta tu balik..ade nasihat x nk bawak mcna kereta tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah gear lambat masuk adalah kerana shift solenoid kurang baik jadi perlu gantikan shift solenoid tersebut

      Delete
  39. Salam,kereta nissan sentral slalu mati2.. Dh tukar sensor ats rm170 n sensor bawah rm160.. Yg ni second hhand punye..hrga sensor yg ni mahal x? Ke biasa je?/ Mmg stndart nya ke klu tukar sensor bawah..pedal mintak klu nk tekan..keras skit..kereta mse 1st nak gerak tu x pickup Sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,keras pedal sebab mekanikal bukan sebab sensor,minta mekanik periksa spring pada pedal!

      Delete
  40. Mohon pendapat. Kereta saya tiba2 xblh start. Radio, hon, lampu semua masih boleh on. Mekanik kata bateri xde mslh, plug semua ok. Apa mslh sbnr ye? Mungkin sensor katanya. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa dulu starter,jika tiada crank bermakna starter tak sampai kuasa untuk memusingkan flywheel

      Delete
  41. Salam, sy guna kereta waja dia tersengut2 bila tekan minyak dia menarik narik xbleh pegi

    ReplyDelete
  42. Assalam abg Arsad..sy pakai wira 1.5 injection..masalah saya..kipas radiator cam tak berpusing..saya cuba panaskan enjin sampai tempreture naik sampai separuh tapi still tak berpusing..

    ReplyDelete
  43. Salam, slmt pg abg arsad, tntg kete tu sy dh tukar yg baru kabel sebelum ni, lg satu skrg ni terbaru lampu senseor kuning dkt meter hidup tetapi bila jln lampu tu mati,dia hidup semula apabila kete behenti contoh kate benti di trafik light

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cabut kabel negatif bateri lepas 10 minit sambung semula kemudian start enjin dan biarkan kira2 10 minit juga

      Delete
  44. As salam cik,masaalh kreta waja,bila lps msukam gear(pd kljuan 30 hga 60kmj) dn tekan minyak enjin jd semput,semput skli dua ja di ketika itu,tp bila dlm kljuan 80kmj ke atas ok pla xda semput2,pomeng ckp crank sensor,pd pndapt cik apa yg rosak? Tqvm cik

    ReplyDelete
  45. Mohon bantuan...
    sy mpy msalah ngan persona 1.6 milik sy. Bila hidupkan engine ia mengeluarkan bunyi y sgt bising sperti besi kecik diketuk dgn laju..kwn2 ckp sy bela cengkerik dlm kereta..ada mekanik kata intake prob, bengkel lain plak ckp waterpump prob..apa msalah sbenarnya..t.kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi ketukan biasanya berkait rapat dengan masalah air intake,cabutkan soket dulu MaF/map sensor pada hose air filter

      Delete
    2. T.kasih diatas jwpn y dberikan. Sgt membantu utk sy rujuk nnt kt bengkel..

      Delete
  46. Assalam,bro apa masalah tiap kali tukar gear hilang power dalam masa 30-40 second enjin 4afe ae111 toyota corolla

    ReplyDelete
  47. Assalam en arsad..sy pkai wira vdo tahun 2003..lampu enjin menyala selang bbrapa minit enjin kereta mati kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ada sensor bermasalah,knock sensor

      Delete
  48. salam cik arsad..sy pkai myvi auto 07.lampu o/d berkelip pada kedudukan gear n dan gear r?knape yer.suis auto level gear dh tukar tp ttp berkelip jugak.

    ReplyDelete
  49. Salam cik arsad.sy bru bli persona scondhand AT 1.6 tahun 2008.soalan sy..myk hitam dan myk gear dari jnis yg mn ssuai utk enjin kete tu..dan 1 lg,mungkin mslh autolock mksud sy,kalau time lepas matikn enjin,pintu tak unlock dgn sndirinya.sy tekan unlock pn dia unlock kejap pastu lock blik..cmna nk buat tu cik arsad ye..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,guna minyak hitam mineral 20w50 atau semisintetik 15w40 dari jenama petronas,castrol atau valvoline juga boleh.

      2.unlock mudah terjadi macam itu sebab ada suis dan motor pada pintu yang teramat sensitif dan lembut,perlu periksa 4 pintu untuk pastikan yang mana satu

      Delete
  50. Assalam En. Arsad,

    Kereta saya jenis honda city idsi 2004, masalah saya bila tekan minyak kadang2 macam senggut. Harap boleh bantu masalah saya.

    Terima Kasih
    CikMira

    ReplyDelete
  51. Salam en arshad. Kereta kancil saya jika bawak laju lebih 100km/h, Stering rasa gegar. Selepas saya rotate tayar (allignment and balancing) baru perasan stering gegar kalau bawak laju. Adakah sebab saya rotate tayar ataupun ada masalah lain di bahagian steering.? Sebelum ni tak rasa gegar sangat. Atau kena balancing lagi?

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum tuan
    Sy pakai wira 1.3 vdo
    Bila saya tak start kereta satu hari atau time sejuk kereta sy keluar lampu check enjin. Bila dah panas baru hilang kadang2 sy bawak laju sikit keluar lampu check enjin tu..bila keluar lampu to kereta sy tersengut2 kenapa ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,ini masalah sensor,saya rasa temperature coolant sensor bermasalah,periksa,guna scanner tool diwsyop untuk kepastian

      Delete
  53. As salam en arshad. Saya memakai kete kia rio 1.4 auto. Masalahnya ialah apabila saya menekan gear d dan menekan pedle minyak kete terlalu berat. Sampai speed 80 ke 90 speed engin tiba2 tersentak yg amat kuat dan mengaum mcm free gear. Apa masalah tuan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah pedal sensor,perlu ganti APPS sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

      Delete
  54. salam en arsad
    masalah front brake pad makan sebelah ape puncanye?brake pad baru tukar tp belah kanan dah abis, belah kiri cam baru lg. satu lg bile hard brake mase laju terasa stereng/tayar meliar. brake piston sangkut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ketat adalah punca utama brek makan sebelah,perlu servis brek housing dan ganti getah dalam piston,stereng akan meliar kerana keadaan brek yang mencengkam kuat pada sebelah tayar

      Delete
  55. As salam en arshad. Saya memakai kete kia rio 1.4 auto. Masalahnya ialah apabila saya menekan gear d dan menekan pedle minyak kete terlalu berat. Sampai speed 80 ke 90 speed engin tiba2 tersentak yg amat kuat dan mengaum mcm free gear. Apa masalah tuan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar APPS sensor atau sensor pedal minyak

      Delete
  56. assalamualaikum en.arsad.... sy ada masalah dengan kereta kelisa sy.. suami sy baru anta kereta tu utk overhaul sbb minyak leaking. 2 hari lps ambk kereta tu, kereta tak boleh hidup.. mungkin bateri habis dan beli bateri yg baru.. baru 4 hari tukar bateri, pagi ni kereta tak dapat dihidupkan lg.. tp masa start radio on.. mungkin bukan masalah bateri.. apa masalah sebenar nya ye.. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kemungkinan fuel pump tidak berfungsi dengan baik

      Delete
  57. assalamualaikum en.arsad... saay ada masalah kereta kelisa. suami saya baru anta kereta tu overhaul minggu lps sbb minyak leaking n selalu berbunyi. hari sabtu baru ambil. 2 hari lps tu iaitu hari isnin, kereta tak hidup, bila guna jumper, baru boleh hidup n suami saya terus tukar bateri baru. tapi pagi ni, baru 4 hari tukar bateri, kereta masih tidak boleh dihidupkan lagi. tapi masa suami saya start, radio berbunyi. rasanya bukan masalah bateri sbb bateri baru ditukar. pada pendapat en.arshad, apa sebenarnya masalah kereta saya? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah fuel pump,minyak tak naik saja

      Delete
  58. Salam. Saya ada masalah Hyundai Sonata 2002. Pernah tukar enjin sebab oil pump pecah. Pernah tukar speed sensor. Sekarang check engine indicator selalu on. Enjin kereta takde masalah jalan. Agak2 apa masalah? Fuel cap? Oxygen sensor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,fuel cap tak rapat dan O2 sensor biasa keluarkan check engine light

      Delete
  59. Salam bos. Soalan boleh x perdana disumbat enjin gto?

    ReplyDelete
  60. As salam en arshad,
    Masalah kete sy hanya boleh gerak 20kmj saje,gear xtukar2 & keluar alarm AT,Kes jadi lepas tukar betri sel baru..bengkel bagitahu wire enjin kena tukar bkn masalah gearbox..kete myvi auto,servis ikut jadual termasuk minyak gear..apa pendapat en arshad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar kedua2 speed sensor untuk ia bertindakbalas semula

      Delete
  61. As salam Saudara,
    saya menggunakan kereta Naza Sutera Forza 1.1...saya baru membeli kereta ni second hand cuma saya nk tanya bila on enjin injection dan abs indicator tak menyala dan biasanya saya akan tggu selama 20 saat utk start enjin...enjin setakat ini tiada masalah cuma ingin tahu sebarang impak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tiada masalah,indicator lambat menyala kerana computer sistem yang agak lama,rest dengan cabut kabel negatif bateri kira2 10 minit dan pasang semula ,start dan hidupkan 10 minit kemungkinan membantu

      Delete
    2. As salam saudara,

      Kereta saya jenis naza sutera juga mengalami masalah rpm naik sendiri tanpa tekan pedal minyak.. saya baru shj tukar tps baru pd throttle body tp msalah yg sma berulang selepas sebulan.. apakah punca lain yang mnyebabkan perkara ini berlaku?

      Delete
    3. wslm,lepas pasang pastikan ecu diresetkan kemudian pastikan bila basuh enjin kereta sensor seperti o2 sensor,tps sensor tidak kena air

      Delete
  62. Salam.. sy menggunakan myvi auto.. yg memerlukan tekanan break untuk enjin dihidupkan.. last week kereta sy mula susah di hidupkan dlm dua kali.. then terus xboleh start.. crank kunci kereta kosong.. langsung tiada bunyi.. radio dn lain lain dlm keadaan baik.. sy ad call mekanik dtg rumag.. dia check semua then try start pakai wire dia ckp mybe break sensor problem. Now kereta ad di bengkel.. boleh jelaskan x? Dia suggest nanti dia bukak klu mmg problem cabut je sensor tu.. sy kurang faham sebenarnya. Sy nak tahu pro dan kontranya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,takpe nanti dia tukar sensor pada pedal insyallah ok

      Delete
  63. assalamualaikum en.arsad...saya ada sebuah kereta proton model waja 1.6 mt..setiap kali hendak REVERSE, sensor akan lambat DETECT...bole terangkan kenapa...tq

    ReplyDelete
  64. salam..minta pencerahan bro..keta saya nisssan sentra..enjin selalu tiba2 mati..tp lps off start blk enjin hidup dan lampu check enjin akn nyala

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah sensor,minta mekanik scan guna scanner

      Delete
  65. Assalamualaikum
    Saya menggunakan toyota avanza. Masalah sekarang meter kelajuan dia rosak. Tidak stabil langsung dan sentiasa bergerak. Jadi mmg tak taulah kelajuan semasa. Saya dah bawak pegi mekanik dan dia dah chek dgn alat elektronik yang boleh mengesan kerosakan kereta tu. Maaf saya tak tau nama dia. Last2 dia kata kena tuka mmg tak boleh baiki dan kena tuka seketul tu dekat toyota sendiri. Memang takde penyelesaian ke. Ye la kalau pegi toyota dan tuka benda alah tu paham2 aje lah kos dia kan. Kereta saya tu dah lama. Tahun 2004. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,beli alatganti di kedai potong kereta yang masih boleh digunakan atau tuka diwsyop biasa bukan diToyota centre

      Delete
  66. Slm Arsad.sy guna kreta kncil 660cc.mslh sy ialah bila start trutama awal pagi engine mengaum kuat mcm pedal myk d tekan.dlm beberapa saat or mnt br stabil semula.jd sy nk tanya apa mslh kreta ni n apa perlu d buat.TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mengaum akan ada untuk semua kereta sebelum ia stabil tapi jika kuat sangat ia boleh dilaraskan dengan mengurangkan pelantik yang menekan minyak pada karburator pada kadar sepatutnya

      Delete
  67. Assalamualaikum sy guna wira pg tadi bila nak gerak tekan pedal minyak klajuan tu tak dapat pergi jauh stakat 30-40kmj. Tekan lg enjin jd kasar tp klajuan stakat tu je. Xde pickup. Ape pun n jika hold dulu utk baiki adakah bhya jika masih dgunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,clutch plate dah abis,sebaiknya baiki dulu,jika digunakan terus boleh mematahkan keseluruhan plate dan merosakan gearbox

      Delete
  68. Salam tuan. Tumpang tnye. Sy pkai viva 1.0 auto tahun 2008. Kereta sy bila rpm dlm range 3-4 akan terasa berat dan begegar dgn kuat bila compressor aircond running. Bila compressor aircond stop kereta smooth mcm biase. Bole tau apa sebab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar minyak pelincir yang lebih ok seperti semisintetik saya rasa viva ini guna fully

      Delete
  69. salam tuan..kereta saya ialah perodua kenari 1.0 (A) 2005..
    masalah nya Kereta susah dihidupkan bila masih panas walaupun baru dimatikan seketika sahaja..tunggu selang 5 minit,senang pula hidup
    fuel pump dalam tangki sudah ditukar & throttle body sudah servis..sama juga masalah yang sama
    minta pendapat tuan...terima kasih

    ReplyDelete
  70. salam tuan..kereta saya ialah perodua kenari 1.0 (A) 2005..
    masalah nya Kereta susah dihidupkan bila masih panas walaupun baru dimatikan seketika sahaja..tunggu selang 5 minit,senang pula hidup
    fuel pump dalam tangki sudah ditukar & throttle body sudah servis..sama juga masalah yang sama
    minta pendapat tuan...terima kasih

    ReplyDelete
  71. salam tuan..saya ada masalah Kereta susah dihidupkan bila masih panas walaupun baru dimatikan seketika sahaja...tunggu 5 minit,senang hidup pula
    fuel pump sudah ganti & throttle body sudah service,sama juga masalah
    minta pendapat tuan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ganti main relay dan starter solenoid atau starter

      Delete
  72. Salam tn.. sy pki wira 1.5 se manual.. problem sy bila time nk berhenti @ kt traffic light.. enjin keta mati.. lampu check engine xmenyala pn.. tb dh servis.. dh buat check engine sume.. td sy tnya pomen... dia ckp sensor o2 problem.. betul ke sensor o2 yg problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah mati tiba2 biasanya sebab idling yang kurang baik,biasanya sensor TPS throttle position sensor

      Delete
  73. Salam.. maaf ganggu. Cuma nk bertanya..
    Sy pki wira se 1.5 manual..
    Bila time nk berhenti atau kt trafic light... enjin mati.. pomen bg tau sbb o2 sensor.. btul ke?
    Tb sy dh servis..

    ReplyDelete
  74. as salam sy ade masalah kereta susah nak start.pada mulanya batery kong so sy beli lah batery baru lepas tukar je dah xboleh start.sy pgl kenalan tgk dia cakap starter ok cuma xde api maybe ade shot.lpas tu sy pgl pomen tgk pun geleng kpla xboleh buat..pgl cina yg pkar wiring pun xtau masalahnya..maybe encik arsyad pena jumpa kes mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika crank berbunyi dan api ada,ada masalah dengan fuel pump.Jika tiada crank langsung ada kaitan dengan bateri yang tak bersambung baik.

      Delete
  75. salam en arshad, kereta viva ade problem indicator light mnyala dan timing tinggi ..baru lepas baiki tuka campshaft,top overhaul,engine valve,valve sensor..lepas tu indicator mnyala lg bbrapa kali..last skali pomen tu ckap wiring bwah dashboard longgar..die buat something kmudian indicator tu da tak menyala dah..tapi bil start kereta sptut mnyala kejap kann pas start enjin bru tak mnyala..ni da tak mnyala lngsung..selamat ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin selamat cuma jika lampu indicator (bentuk enjin)menyala semula bermakna masih ada masalah pada sensor

      Delete
    2. Skrg kereta saya tu wlupon sblum start enjin indicator tu tak nyala langsung..
      Kereta kwan sy viva jgak sbelum start enjin ade indicator tu pas start enjin bru hlang indicator tu..
      Sy ade baca pasal bnda ni sblum start enjin indicator tu mnyala utk scan kalo ade msalah.kalo xde msalah lmpu indicator tu akn hilang lpas start enjin kan..takut juga kalau ada masalah akan dtg,mmg indicator enjin tu ttap x menyala..apa pandangan encik..?

      Delete
    3. memang semua indicator pada panel akan menyala dan mati semuanya selepas enjin dihidupkan,jika lampu check enjin tidak menyala ada kemungkinan mentol pada panel meter terbakar juga jika ada fuse yang terbakar pada dashbod atau panel fuse depan perlu ditukar

      Delete
    4. trima kasih ats pnjelasan,really appreciate it. =)

      Delete
  76. Assalamualaikum..saya nak tanya.saya pki kreta wira 1.5..lamp enjin baru2 ni kerap menyala dan tetibe kereta mati pastu bau minyak terus naik.ape petandanye ye?mntk tuan tlg terangkn ye..terma ksh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasanya adalah atas sebab sensor terutamanya ekzos sensor yang rosak dan menyebabkan minyak tak dapat dibakar sepenuhnya

      Delete
  77. salam..maaf..tak tahu ruangan mana nak tanya. so saya tanya disinilah. saya kereta myvi 2008 auto. semenjak ini, kerap enjin kereta termati sendiri. 2 kali sewaktu tgh parking menunggu isteri saya dan sekali sewaktu saya tgh drive ke opis. tgh keadaan 70km/j..enjin mati. Saya nak tahu, apakah sebabnya?...ada part yang problem ke?..harap tuan dapat membantu saya serba sedikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saya cadangkan tukar sensor ekzos,ada kemungkinan oksigen yang kurang menyebabkan kereta mati sendiri

      Delete
  78. terima kasih jwpan tuan. cuma nak tanya pendapat tuan gak...tadi saya ada bertanya pada kkwn yg pakai kereta myvi, ada 2 orang membe bagi tahu, pemasalahan dekat wayaring. membe yang dua org nie pernah mengalami masalah sebegini. dieorg suggest masuk produa service, sbb dieorg hantar bengkel biasa pun..tak selesai..selepas masuk produa center..betulkan di bahagian wayaring, ok..mohon pendapat tuan, adakah disebabkan wayaring?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah paling teruk sekali adalah pada sistem ECU komputer jika ia rosak kereta akan terus mati dan sukar dihidupkan semula,tetapi malah mati ini yang boleh dihidupkan semula biasanya atas sebab kurang oksigen dalam kebuk pembakaran juga seperti fuel pump yang kurang baik dan fuel filter yang kotor menyumbang sedikit sebanyak mati enjin ini

      Delete
  79. Assalamualaikum Tuan,

    Saya memakai kereta hyundai accent 1.5, 2004. Masalah saya setiap kali berhenti di traffic light atau bila bawa slow, lepas pedal minyak kereta akan mati. Kemudian masa start enjin bila nak masuk gear, tekan minyak, enjin semput macam tak ada kuasa lepas tu mati.

    Muncul signal 'check engine' dah tukar o2 sensor, dah servis throttle body dan tukar knock sensor dll. Pomen kata masalah mungkin pd map/maf sensor pula? Apa pendapat tuan?

    Jadi teruk bila minyak isi penuh.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,sensor dapat dikenalpasti dengan scanner lebih tepat.Oksigen yang kurang dalam kebuk pembakaran menjadikan kereta semput adalah betul,o2 sensor,throttle body dan sensor map/maf adalh menggunakan oksigen untuk bekerja dengan baik.

      Minyak yang terlalu penuh menyebabkan kesesakan sedutan dan banyak kotoran juga disedut sekali,fuel filter juga perlu ditukar untuk dapatkan minyak yang lebih baik untuk dibakar

      Delete
  80. Assalamualaikum tuan.. Tumpang tny sikit.. Sy gn vios thn 2012.. Thun ke 4 guna ada masalah enjin gegar n semput.. Hari tu pernah tukar air flow sensor kot nm dia sbb tekan pedal minyak tp kereta semput2 nk jln.. Then lepas tu kereta tak rasa gegar lg.. Tp lately ni kereta mula rs tekan pedal minyak tp jln semput mula2 then lelas tu ok.. Last2 lampu check enjin menyala.. Bole sy tau apa peoblem n patut tak sy p service d toyota..klau bleh nak tau juga anggaran kos baiki.. Tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini problem sensor juga,boleh scan di mana2 wsyop,kemungkinan besar sensor ekzos,anggaran kos tukar sekitar rm200 dwsyop luar,di SC mungkin lebih

      Delete
  81. As salam En arshad.sy pkai honda city 2014.bila sy bawak lam 60km/j ada bunyi mcm pkai exhaust besar vrooommm mcmtu.apa problemnya.bila time corner ke kiri lagi kuat bunyi.corner ke kanan xde bunyi.lagi satu, indicator light a/c xnyala.adakah sensor problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bunyi kasar biasa jadi sebab sensor berkaitan airflow seperti map sensor dan Intake air temperature sensor dan ekzos sensor

      Delete
    2. acc tak nyala periksa fuse dan relay

      Delete
    3. Sy pergi worksyop katanya absorber..betol ke en??Pasal acc tu akan effect electronic board x?

      Delete
    4. acc bermaksud accessories,sambungan berfungsi terus ke bateri,tiada kena mengena dengan absorber atau merosakan electronic system,tiada acc mungkin lampunya padam atau fuse terbakar itu saja,tidak digunakan pun tidak jadi apa2

      Delete
  82. Salam tuan.
    Setiap kali hidup enjin pada waktu pg. Rpm kereta sy akan naik hingga 2000 rpm kemudian akan turun perlahan lahan hingga rpm <1000 rpm. Ini menyebabkan kereta bergegar mungkin sebab rpm rendah. Bila sy try on lampu atau tekan brek, rpm akan lagi jatuh. Tapi ketika dah jalan,idling rpm stabil pada 1000 rpm. Boleh saya tau kenapa time panaskan enjin mula2 tu rpm drop <1000 rpm sampai gegar. Sebelum ni ok je. Ada kaitan dengan electrical system tak? Kereta kancil 850/ manual

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu adjust sedikit pada karburator,minta mekanik tukar juga hose kecil pada diaphragm dan adjust juga supaya rpm kekal pada 900-1000 (jika guna karburator)akantetapi jika guna Throttle Body TB perlu diservis untuk bersihkan dan mengganti gerigi guna repair kit jika ada yang patah,juga FICD perlu ditukar untuk menstabilkan bila aircond dihidupkan.

      Delete
  83. Salam tuan...mohon pencerahan sedikit dr tuan..sy pkai satria GTI 2001,masalah yg dihadapi skrg enjin tiba2 mati ketika memecut,check engine x menyala,temperature ok. Tunggu dlm 5 minit start balik enjin kembali normal..knocking xde bunyi...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin mati tiba2 biasa sebab sensor terutamanya sensor ekzos,boleh juga guna scanner untuk kepastian,atau boleh cuba dulu reset ecU cabut negatif kabel 10 minit dan sambung hidupkan 10 minit

      Delete
  84. salam tuan. kereta persona saya prob. bila tgh bawa tiba2 enjin mengaum mcm free gear..tkan pedal minyak tiada respon.bila berhenti tepi jalan enjin mcm nak mati.tekan pedal minyak rpm xnaik pun.sebelum tukar throttle body bawa sekejap jadi prob ni.hntr proton edar,diorg dh bersihkan throttle body tp xboleh juga.dirog soh tukar throttle body..tp dh lama lpstu dlm 3 bulan, jadi balik tp xsekerap sebelum tukar..kkdg ok je..agak2 apa puncanya?bila dh stop restart enjin, boleh jalan balik mcm biasa tp signal enjin menyala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah sensor,enjin mengaum biasa dikaitkan dengan speed sensor,olehkerana dah ada check engine menyala,scan guna scanner computer untuk lebih pasti

      Delete
  85. salam. kereta saya waja tak menyala semua indicator Kat dashboard .. lock n unlock pun pakai manual.. tapi bila xde pulak bunyi alarm .. knpe ye? 2 minggu lepas meter speed asyik turun baik mass tengah drive.. mohon bantuan penjelasan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,saya rasa sistem ECU telah terganggu akibat computer box yang rosak,perlu ganti computer box

      Delete
  86. ASlkm... :) saya nak sambung soalan... :)
    lampu check engine menyala tanpa sebab .. :(
    dah scan tapi takde ape2 kod kerosakan yang dikesan,,, ape perlu saya lakukan.. .:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cuba resetkan dengan cabut bateri negatif kira2 10 minit dan pasang semula selepas itu dan hidupkan enjin 10 minit

      Delete
  87. salam...kereta saya honda city 2005 masalah yg dihadapi apabila turun bukit yg curam rpm kereta naik tinggi walaupun saya tidak tekan padel minyak...apa masalahnye ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,RPM cuma tak stabil bila keadaan throttle body dan tps sensor yang tak ok bermaksud perlu diservis kedua2 alat ini

      Delete
  88. Salam, sy guna myvi 2008...bila start rpm turn naik..idle pun sama...mati enjin dan start balik... rpm turun n enjin macam nak mati... dah service throttle body...still sama...ada workshop cakap tukar throttle body.. ada yg cakap tukar sensor ISC... mana nak tukar?pls advise

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu tukar atau bersihkan TPS sensor pada throttle body

      Delete
  89. saya pakai p.waja mitsubishi, semasa tekan minyak sampai speed rata akan rasa tersemput*2, tetapi pecutan sampai tinggi tidak ada tersemput*2. mengapa masalah macam ini? tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila minyak ditekan mendadak dengan banyak akan menyebabkan minyak dialirkan banyak akantetapi jika keadaan Throttle Body kotor dan air filter juga kotor kereta akan jadi tersedak atau semput

      Delete
  90. Salam.saya guna 405sri.semasa on kunci relly power di sebelah bateri berbunyi.cabut bateri 2 hari kemudian OK semula.APA masalah kereta says

    ReplyDelete
  91. As'salam,

    Nak tnya skit pasal kereta myvi 1.3 autolock. Kereta saya xleh nak autolock bila tekan brek.. boleh saya puncanya ngan da barang perlu ditukarkan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,besar kemungkinan sensor abs rosak,perlu ganti

      Delete
  92. Ketika mula nk start keta..enjin keta saya jd bunyi kuat..mengaum...apa masalahnya sedara? Blh terangkan tak

    ReplyDelete
  93. Salam.. Wira 1.3.. Meter suhu cuma naik masa hari sejuk.. Bila cuaca panas die tak naik.. Apa mslhnya?coolant sensor? Atau bnda lain? Mohon pencerahan..tq..

    ReplyDelete
  94. Salam..
    Saya ada soalan berkenaan alarm berwarna kuning yg check enjin..
    Setiap kali drive kereta alarm tu akan menyala..x sampai 5minit akan menyala..sya stop kan kereta..dan matikan enjin..lpas tu sya start balik...dan jalan sperti biasa..dan lbh kurang 10minit akan menyala kembali..kenapa alarm tu bleh kluar ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,alarm tersebut keluar jika ada sensor yang bermasalah tidak kiralah masalah apa walaupun sensor tersebut kena minyak hitam atau air sekalipun lampu check engine tetap menyala.Boleh reset cabut negatif bateri kira2 10 minit dan sambung kembali,hidupkan enjin 10 minit juga jika menyala juga saudara perlu scan computer untuk pastikan sensor yang bermasalah tersebut

      Delete
  95. Assalam tuan. Kereta saya Honda City 2004 Vtec. Masalah kereta mcm mati 1 saat bila tgh berjalan..radio tiba2 off dan on semula..kemudian semasa 1 saat tu..enjin mcm jerking..lampu temperature panas dan sejuk menyala serentak. Berlaku dlm 1-2 saat sahaja. Jika tutup a/c..ianya kurang berlaku. Kekerapan berlaku kdg2..harap dpt membantu. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ini masalah ECU yang hilang isyarat,mungkin sebab connection atau ECU rosak,mungkin terpaksa ditukar alat tersebut

      Delete
  96. Assalamualaikum en.
    Kereta tak boleh start dan saya tukar distributor h/cut. bila dah boleh start masalah baru timbul bila press minyak utk memotong @ laju kereta seperti lose power seakan2 minyak tak sampai. Fuel filter dan ic pump ok. Carb dah cuci. Honda civic sh4 D15b.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tuning enjin adjust distributor pada rendah jangan hingga rpm terlalu tinggi

      Delete
  97. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  98. Salam tuan,saya ada masalah dengan myvi 1.3ez auto susah nak start..
    Nak 2-3 kali crank baru hidup
    #fuel pump dah tukar
    #engine baru general overhaul
    #computer box dah check
    Adakah kemungkinan problem knock sensor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok tuan
      Nak tunggu ada bajet baru beli

      So memang knock sensor problem kan tuan?

      Delete
    2. Salam tuan nak tanya lagi satu soalan
      Kedudukan knock sensor bahagian mana ya tuan?

      Delete
  99. Assalam en... Sy guna toyota vios keta mcm semput masa nk mula bgerak..ble laju ok xde msalah..adakah tu mslah air flow sensor

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ada 2 masalah dikaitkan dengannya samada O2 sensor atau MAF sensor

      Delete
  100. salam..saya guna myvi 1.3 manual 2009. masalah saya bila drive lebih 30 minit kalo berenti dan enjin idle rpm akan drop ke 500 600 dan air cond akan cut in cut out..kekadang kalo berenti traffic light tekan clutch terus enjin mati..pastu off enjin start balik enjin akan normal balik 700 rpm ke atas..kalo tekan minyak nak pecut bunyi angin kuat dari enjin..adakah problem ni dtg dari ecu atau throttle body atau sensor..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,ini masalah sensor tps (throttle position sensor)pada throttle body,bila rpm rendah aircond akan off dan on semula bila rpm naik,mesti tukar alat sensor tersebut

      Delete
  101. Assalam tuan,kereta sy myvi auto..overdrive berkelip2 dan meter saya x dpt begerak melebihi 20 sewaktu kete bgerak..kenapa ye dan apakah yg perlu ditukar? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu gantikan speed sensor auto transmission insyallah ok

      Delete
    2. Terima kasih byk tuan atas info yang dberikan..cuma seperkara lagi jika tidak keberatan,Kos utk masalah sebegitu anggarannya brp ye?

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>