Mekanik kereta: Bagaimana Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492

Jun 4, 2015

Bagaimana Air Bercampur dengan Minyak dalam Enjin

Salam dan Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog tak kira dimana jua anda berada samada di Malaysia mahupun  luar Malaysia.Tak lupa juga ucapan awal menjelang Ramadhan Al mubarak kepada semua muslimin dan muslimat!Selamat Berjumpa kembali dalam topik terbaru dalam tahun 2015 ini,semuga apa yang dicoretkan ini dapat memberikan sepenuh manfaat kebaikan untuk kita semua!Insyallah!



Topik dengan tajuk di atas adalah sebenarnya ingin merungkai persoalan yang selalu bermain diminda pengguna kereta terutamanya tentang bagaimana air boleh bercampur dengan minyak dalam enjin.

Gambar dari  hotrodslincoln.blogspot.com


Pada keseluruhan enjin yang normal air sebenarnya tidak mudah untuk bercampur dengan minyak dalam enjin melainkan terdapat faktor-faktor tertentu yang membolehkan kejadian ini berlaku.Bagaimanakah pula kita dapat mempastikan bahawa enjin kita terhindar dari keadaan ini?Apakah yang perlu kita periksa?

Untuk mengetahuinya amat mudah iaitu dengan membuka penutup minyak hitam atas silinder dan perhatikan didalamnya ,jika terdapat tompokan-tompokan keputihan bermakna enjin tersebut  telah dimasuki air.Fungsi air sebenarnya untuk menyejukan enjin tetapi apabila terdapat komponen-komponen tertentu telah rosak maka kejadian ini akan terus berlaku.

Pada hakikatnya untuk menghindarkan enjin dari mengalami keadaan ini ialah agak sukar melainkan pengguna dapat memastikan enjin sentiasa di tukar minyak hitam ,oil filter,air filter dan plug pada waktu dan kilometer sepatutnya.Selain dari itu radiator juga perlu diflush atau diganti air dan gunakan coolant setiap 2 kali servis kereta.Jika ini dapat diamalkan air yang berada dalam enjin tidak menghasilkan karat dan semua gasket terjaga dengan baik terutamanya manifold gasket.


manifold gasket



Terdapat beberapa  faktor utama yang menyebabkan air bercampur dengan minyak dalam enjin diantaranya:-

1.Gasket Cylinder Head yang pecah akibat enjin panas
2.Gasket Intake manifold yang pecah dan terbakar juga akibat enjin panas
3.Cylinder Head yang tidak dikunci ketat selepas head dibuka
4.Cylinder head yang retak
5.Air yang berlebihan masuk dari ekzos dalam keadaan banjir dsbnya


Apakah pula cara penyelesaian bagi masalah ini

Cara penyelesaian terbaik bagi masalah ini adalah dengan melalui proses Top Overhaul atau Overhaul untuk menggantikan satu set gasket Top Overhaul yang terdiri dari Cylinder Head Gasket,Valve Seal,Manifold Gasket,Head Cover Gasket dan Oil Seal serta Oil Sump Gasket,Engine Bearing,Engine Oil dan Piston Ring bagi proses Overhaul.Akantetapi ini hanya akan dipastikan jika air telah benar-benar bercampur dengan minyak hitam dan memenuhi Oil Sump atau tangki minyak hitam.

Kedua cara di atas  adalah satu-satunya  cara yang terbaik yang mampu dilakukan untuk mengembalikan semula enjin ke prestasi asal.

190 comments:

  1. salam. boleh tak encik berikan alamat workshop?

    ReplyDelete
  2. Assalam bos. Maaf saya ingin bertanya. Saya bawa kereta wira SE 1.5.

    Masalah saya , saya penah biarkan enjin utk sejukkan dalan kereta. Tiba tiba asap keluar dr eksoz dengan banyak. Bila saya matikan enjin. Saya tgk minyak hitam saaya tggal sedikit dan minyak hitam mengalir masuk ke "air box".

    Sy hantar pd pomen dea kata dea takpasti masalah kereta dea hanya tukar kotak angin dan gantikan mnyak hitam.

    Skrg sudah dua bulan dan jd semula. Tiba tiba eksoz keluar asap. Makin bnyk bila buka ekon. Tp kali ni myak hitam tidak berkurang dan tidak masuk ke kotak angin. Apa harus saya lakukan. Terimakasih byk.

    ReplyDelete
  3. salam bro..nak mntk pendapat ckit..sy brcdng nk gune decarbonizer untuk membuang mendapan carbon dlm enjin..bole bro cdgkn decarbonizer jnis pe yg pling baik skli..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum bos..sye nk tnye,sye mmiliki kia sorento tahun 05..msalah nye,enjin sukar hidup..lampu check engine berkelip laju dan mati d semasa perjalanan..enjin juga xpower..and last stater terbakar..dh tukar starter tp still xboleh hidup spt bateri kong..pdahal baru tukar bateri..turbo n injector dh tular baru..still prob..apekah prmasalan sebenar??terima kasih

    ReplyDelete
  5. @apih dinwslm,masalah distribtor,dapatkan yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm bos ni aq punya kancil 850 kluar asap d,ekjust ap yg mslah tu bod??

      Delete
    2. wslm,ekzos banyak karbon,tukar tabung

      Delete
  6. @Ottheman Shahwslm,kereta saudara mengalami kebocoran valve seal,perlu dilakukan top overhaul untuk menggantikan valve seal dan pembersihan karbon atas head

    ReplyDelete
  7. Salam.. Agak kos dia brapa?? Td sya baru buat.. Brg yg ditukar
    1- top overall
    2-water pump
    3-timing belt
    4-tuka paip s dan u
    5-potong head
    Semua 750..

    ReplyDelete
  8. @remy moshiwslm nampak ok la tu,sebab tukar timing belt sekali

    ReplyDelete
  9. infonya bagus,,
    dan sangat menarik...

    ReplyDelete
  10. Assalam tuan,

    Kereta persona elegence manual, sy dah 3 bulan x start sebab sy kemalangan moto teruk, jadi kereta x boleh nak start, so tu memang la kene jump start, tapi masalahnyer sy pada clutch, clutch sy keras dan x boleh dipijak tekan kebawah langsung, adakah bila sy jump start kereta, clutch sy akan berfungsi seperti biasa, atau ade masalah kerosakn lain?

    ReplyDelete
  11. @HAMZAN ROBIANwslm,kalau boleh stat keta dulu dah hidup main klac kalau masih tak boleh,padamkan enjin,masukan gear 3 atau 4 tolak kereta kedepan ke belakang sikit,minta pertolongan dari orang lain untuk gerakan ia kedepan kebelakang kemudian cuba semula ,insyallah ok

    ReplyDelete
  12. Salam. saya baru sahaja buat top overhaul total kena bayar RM1150.

    Workmanship rm400
    Engine oil rm65
    Oil filter rm10
    Washer rm1.70
    Water pump rm80
    Thermostat rm55
    Top set rm110
    Atf rm88
    Filter rm60
    Radiator rm150
    Machine shop rm100
    Spark plug rm38


    adakah ini mahal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta apa bro..buat kat mane..agak murah

      Delete
    2. Assalamualaikum en mohamad fitri, kereta jenis apa ya? Sebab saya kemungkinan mengalami masalah yg sama dgn kereta saya. Tetapi saya kereta suzuki. Nak tahu jenis kereta tuan,sebab nak agak2 harga utk kereta jenis suzuki.

      Delete
  13. Assalamualaikum...sy ada pertanyaan... kereta gen2 sy over heat.. n da siap tukar gasket n radiator baru... temprature sume dh oke...tp timing xlekat... jd mcm pakai hicam... timing time idle berenti...

    ReplyDelete
  14. @Wanjambu Jambuwslm,buat tuning,pastikan semua sensor wayar telah dipasang semula terutamanya sensor throttle body dam camshaft

    ReplyDelete
  15. as salam tuan.

    nak tanya pasal tayar.. sebelum nie sya pkai tayar saiz 195/50. R16.
    agak2 kalo saya msuk tayar saiz 185/55 R16 sangkut tak kat mne2?
    sebab ketinggian tayar dah bebeza

    ReplyDelete
  16. Assalam en arshad.. Saya baru tukar block d15b yang d'ambil drp halfcut sebabnya pmegang crankshft bengkok.. Ptanyaan saya..
    1. Kereta saya temperature naik,air dalam spare tank jadi penuh,air dalam radiator bkurang sedikit, adakah sebab head gasket local? Sebab sebelum ni saya pakai head gasket original honda tiada pape masalah.. Saya aspect head gasket local @ water pump asal block yg baru ni. Untuk makluman,radiator,semua hose air@stopper,thermostat semua saya tukar baru.

    ReplyDelete
  17. @Syanim Johariwslm,water pump adalah punca air tendang ke spare tank,water pump mungkin dah karat dan berlumut

    ReplyDelete
  18. Kereta saya overheated..then bawa bengkel :
    1. Top set rm190
    2.engine oil rm89
    3.oil filer rm15
    4.cylinder head 2nd rm1800
    5.upah rm380

    Belum buat lg..baru serbut harga..murah ke mahal tu?

    ReplyDelete
  19. @Amirulezry Ariffinkereta proton biasanya macam itu harganya,tapi kalau tukar head mahal la sikit

    ReplyDelete
  20. Salam tuan, air dah masuk tangki minyak hitam, head dah pernah ketam, enjin blok perlu ketam jg ker? Proton Waja

    ReplyDelete
  21. @Unknownwslm,enjin blok polish dan engine bearing mesti tukar

    ReplyDelete
  22. As salam tuan. Nak tanye pasal keta satria 1.3..problem temperture naik bila berhenti or jem..bila jln normal balik..cek g bengkel semua dh buat bkenaan dgn sistem penyejuk siap top over haul lg tp problem still sma..pas tu enjin plak ade air masuk cmpur ngn oil enjin..cek head xde yg bocor..adekah problem ni ade kaitan ngn blok???please unswer tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah ini adalah head yang nipis dan retak,tidak boleh tahan panas lagi,mesti tukar head silinder yang lain.

      Delete
  23. Salam encik , kereta saya proton savvy .
    Pada 1 December saya service kereta seperti biasa . Kemudian dorang suruh saya tukar thermostat sbb dah rosak . Lepas tu asap tebal warna putih keluar banyak dari ekzos . Bila pergi balik ke service centre tu , dorang suruh buat overhaul pula . Kos anggaran dlm RM2-3k . Betul ke tu ? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,asap tebal kebiruan saja yang perlukan overhaul,tetapi jika asap putih tebal banyak ada juga kemungkinan minyak hitam telah ditambahkan terlalu banyak melebihi had yang dibenarkan,perlu periksa aras minyak hitam dahulu sebelum overhaul dibuat

      Delete
    2. minyak enjin dah bercampur air rasanya sbb warna chocolate . x boleh ke jika kita flush out minyak tu dah hanya ganti minyak enjin mcm biasa ? berapa sebenarnya kos overhaul utk savvy saya tu ?

      Delete
    3. flush boleh,tapi akan bercampur semula,kos sekitar rm3000

      Delete
    4. Mechanic yg quote saya tu dlm anggaran kasar rm4800 sbb byk yg perlu diganti .

      Piston ring
      Conroad bearing
      Top set gasket
      Engine oil
      Gear oil
      Skim head
      Plug 4pcs
      Fan motor
      Coolant
      Reset ecu
      Air filter
      Petrol filter
      Labour

      Berpatutan ke harga ni

      Delete
    5. Barang savvy agak mahal kerana barang yang amat sukar dicari kerana model in i sudah agak lama dan tiada lagi dipasaran dan kos yang ditanggung oleh wsyop juga sekitar 70 peratus dan 30 peratus hanya upah.Kos sedemikian adalah memadai untuk proton savvy sahaja.

      Delete
  24. Assalam Tuan. Kereta saya overheated bila jalan. 2 ke 3 KM beenti tmbah air. Jika start tak berjalan ok tmprature x naik. Bocor tak ada. Masalah apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin dah terlalu panas ,sebaiknya tukar gasket head dulu atau buat top overhaul

      Delete
  25. Salam..tumpang tnye..kereta avanza sy baru lepas top overhall tp skrg nie mslhnye ialah dlm radiator ade mnyk mcm wrna kelab dan slalu pnas...ape punce n jalan baikinye? Terime kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm;

      Ini tanda valve bocor masa buat top overhaul,kerja mekanik kurang teliti,perlu jumpa semula workshop yang buat top overhaul tersebut

      Delete
  26. Salam,

    kereta saya baru lepas accident. Saya drive dari bengkel ke rumah dalam 40 km dalam keadaan baik. Bila nak start esoknya, kereta macam tak boleh pegi, dan tersangkut sangkut, ketika drive. Cek ekzos tengok ada keluar asap putih tersembur sembur. Temperature ok sahaja dan tak overheating. Perlu ke saya top atau full overhaul? apa sebabnya benda ni berlaku? Terima kasih.

    lupa nak cakap, kereta saya tu proton gen2 auto tahun 2009. Tak pernah overhaul pulak sebelum ni. Kalau kena overhaul berapa kosnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      Sebaiknya servis dulu throttle body,tukar air filter dan spark plug

      2.kos overhaul ialah rm3000

      Delete
  27. Salam tuan,nak brtanya klu nak buat top overhaul kereta waja campro berapa kosnya?
    kereta sy air radiator kerap berkurangan..trmasuk sparetank.radiator dah service.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum...suma sy ada masalah dgn air radiator bercampur minyak....so kalau jalan jauh dri shah alam ke kelantan...bleh sampai tak dgn keadaan macam ni? Sbb workshop ada waranty lg kat sana? Blh bg pndapat...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tak boleh kerana enjin akan cepat panas sebab ada minyak melainkan semua air radiator dan hose bawah dan atas telah dibuang dan thermostat ditukar dulu

      Delete
  29. Salam van nissan urvan th 95 brek belakang tak cengkam dah tukar brek blkg skim drum tukar boster master pum masih puspakom tak pas bacaan kanan 25 kiri 21 apa masaalahnya tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buat bleeding brek supaya minyak stabil ,buat bleeding 4 tayar dan master pump juga

      Delete
  30. assalamualaikum tuan..enjin kereta toyota ke70 saya masuk air..bila tukar minyak hitam ada air sekali bercampur. sy da lay head blok dan gasket baru,tp tidak lama jadi semula.air dalam radiator cepat kering.menyebabkan enjin cepat panas.. ape pendapat tuan ? ape yg saya perlu Lakukan.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,makan minyak hitam terjadi sebab enjin yang panas atas sebab2 bocor pada valve,ini adalah masalah pemasangan valve dan seal yang tidak teliti,sebelum masukan semula head ke enjin pastikan valve tidak bocor setelah dipasang

      Delete
  31. salam saya nk tanye pasal nk beli kereta korea....

    betul ker slalu ada overhead


    mcm kia sorento
    hyundai trajet

    harap pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,masalah overheat mudah terjadi jika enjin tidak dijaga seperti lambat tukar minyak hitam,tidak memeriksa dan menambah air ditangki spare dan membiarkan bocor pada hujung hose atas atau bawah.Jika ini dijaga baik insyallah enjin sukar untuk overheat,Kebanyakan kereta Korea memang menghadapi masalah demikian tetapi saya tidak fikir kereta tersebut berkeadaan demikian jika dijaga enjinnya dengan rapi

      Delete
  32. salam.. nk tnya kos topoverhaul utk bmw e46 N42 bpe range hrge ea

    ReplyDelete
  33. salam.. nak tanya pasal range kos untuk top overhaul utk bmw e46 N42 bape ea..

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum tuan kereta exora saya mempunyai masalah dimana minyak hitam keluar melalui gasket so benda ni telah berlaku hampir setahun dan saya telah menukar gasket sebanyak 8 kali so perkara yang sama masih lagi berlaku so saya mohon pertolongan dari saudara bagaimana untuk mengatasi masalah ini kerana saya sudah buntu untuk memikirkan perkara ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika bocor gasket sebelah atas,dapatkan jenis gasket original jangan gunakan gasket mitsubishi yang kebanyakannya guna,minta mekanik gunakan gam silicone pada head cover

      Delete
  35. Assalamualaikum, saya menggunakan toyota vios 1.5 tahun 2004. Baru2 ni, enjin overheat sebab air di tangki kering. Setelah dihantar ke workshop, tiada kebocoran pd radiator mahupun hos. Selepas bbrp hari, terdapat tumpahan minyak di lantai. Adakah kebarangkalian gasket terbakar? Berapa range bayaran untuk menukarnya (overhaul)? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gasket terbakar menelan kos kira2 rm2000 untuk top overhaul

      Delete
  36. Salam. Kereta merc. W124 model thn 87 ada keluar asap di ekzos. Asap mcm kelabu. Pagi start enjin ada keluar air di ekzos. Mungkin enjin elok lagi. Minyak enjin pakai jenama elf. Ok ke? Ada mekanik syorkan minyak shell. Kalau tukar valve seal sahaja agak2 berapa kos? Klau decarbonised shj tak boleh ke? Asap bukan warna biru. Asap putih mcm kelabu sikit.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu servis karburator dan setting semula supaya minyak dan angin sesuai untuk idling dan hilangkan asap tersebut kerana karburator telah kotor.Minyak elf tak jadi masalah,tak perlu tukar valve seal,decarbonised juga tidak diperlukan

      Delete
  37. As salam...kenapa tibe2 lambang paip warna kuning keluar...boleh en jelas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gambar check engine tandanya ada sensor yang bermasalah samada kena air,minyak atau ia benar2 rosak,resetkan dulu dengan cabut negatif bateri kira2 10 minit kemudian sambung semula dan stat enjin,biarkan 10 minit juga

      Delete
  38. as salam. nak tanya..keta kancil 850 saya pernah overheat. air kat spare tangki kering..radiator tak plk. refil air kat spare tank.bila sejuk then start enjin semula tak sampai seminit air kat spare tank kering.check kat bawah takda plk air menitis.bgtu jgk radiator.sy check minyak hitam n enjin cap takda plk air bercampur minyak kat dlm enjin..Then refil air lagi..berlaku benda yg sama..air cepat kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,air yang cepat kering pada tangki spare menandakan enjin ada panas cuma tidak ke tahap overheating.Water pump yang karat dan perlahan adalah sebab utama kenapa air cepat kering pada tangki spare

      Delete
  39. Assalamualaikum... saya ada nissan march k10 Na...saya hanya memanaskan enjin seminggu sekali..baru baru nie...engin semput...air keluar banyak melalui ekzos...check...air radiator kering...tambah air,terus enjin xleh nak start.. dasket apa yg bermasalah... inggat nak buat sendiri...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,jika air keluar dari ekzos dengan banyak bermakna enjin telah dimasuki air sehingga ke atas permukaan piston,perlu lakukan overhaul,buka tangki minyak hitam bawah dan periksa adakah minyak hitam juga bercampur air

      Delete
  40. Assalamualaikum tuan,saya pakai pickup daihatsu hijet.Selalu mengalami overheating setelah 40min enjin dihidupkan. Kemudian, enjin panas dan bau hangit. Mula2 air menitik bawah body..lepas beberapa minit..minyak hitam pulak menitik. Sy dah refill air dlm tangki, sebelum ni kering habis. Perlu buat top overhaul ke mcm mn tuan? Agak2 kos nya berapa ye? Harap tuan dapat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mesti buat top overhaul,kos sekitar rm2000

      Delete
  41. Salam, tumpang tnya abg2 kat sini. Sy basuh enjin lps tu start terus sengkot2 dn tekan pedal minyak kosong, dh lame sikit bru ok. nape ye? Plug dah tukar, coil dh tembak angin. Tapi sengkot tu tk hilang. Ade tips tak nk buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,bila basuh enjin terutamanya kereta Proton Malaysia ,pastikan soket sensor ekzos,sensor crankshaft,2 sensor gearbox,sensor air filter jika ada tidak dicurahkan air yang banyak kerana semua sensor2 ini akan terganggu bila terpercik air.

      Cabut soket2 sensor ini dan tiup samada dengan anin kompressor atau mulut,pastikan air2 kecil yang terdapat dikeringkan

      Delete
  42. Salam tuan...saya pkai kancil 850cc thun 2002, baru2 ni saya saya pegi workshop utk overhaul enjin dan modi masuk piston 1000cc kelisa... Lpas siap saya pkai pulang balik keja.. da 1 pagi tu saya..p check air kat radiator dan sparetank..... ada campur minyak enjin sikit...tpi,kat cilinder head xder pulak..minta tlg pencerahan tuan..ape masalah enjin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,jika ia enjin auto kemungkinan saluran minyak gear untuk penyejukan gearbox bocor ke radiator, perlu tukar radiator.
      Jika minyak hitam yang terdapat dalam radiator ada kemungkinan piston baru calar dan menyedut minyak hitam ke ruang pembakaran dan seterusnya bercampur dengan air

      Delete
    2. Jika enjin berterusan bercampur minyak,enjin akan mengalami penurunan prestasi sehingga tidak boleh memecut dan semput

      Delete
  43. Salam.saya liza dr kedah.sy pakai keta kncil 660.yg jd msalah pd keta sy,selalu air dlm tangki spare menggelegak.knpa ya?awal2 jd sy tgk meter temperature ok,tp lama2 temperature tinggi,melebihi paras setengah.sy merasa ada yg x kena pd enjin sy,radiotor dh antar cuci.water pump bru ja tukar.sy mohon pndangn tuan agar sy tdk ditipu olh mna2 mekanik..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,kereta kancil saudari perlu lakukan top overhaul untuk gantikan head gasket,insyallah ok bila ganti

      Delete
  44. Assalamualaikum tuan..baru2 ni kereta saya overheating, saya dah antar bengkel tukar head gasket, water pump sbb tebakar, tukar radiator dan semua hos sekali.. Tapi sekarang air dlm radiator setiap hari akan kurang walaupun dalam tangki tak kurang pun..bengkel tu ada bagitahu kalau kurang tu punca gasket bawah enjin terbakar dan upah nk ganti gasket tu mahal.. Tolong tuan bagi pandangan, betul ke mekanik tu kata..kereta saya nissan sentra 2006

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar dulu thermostat tengok macamana

      Delete
  45. Assalam tuan,

    Sy nak tanya.. Raya baru ni kereta sy BLM thun 2008 jammed panas di highway sungkai, lepas thowing ke slim river bengkel hanya buat top overhaul shj (ganti head yg dh diskim, valve sim,gasket,fit valve semua) dan kos 1650.. Lpas tu bunyi tak3 pd enjin n bila ditanya mereka suggest buat overhaul pula tp sy menolak, then lepas 9hari jammed lg skali dan hantar ke puchong, buat overhaul brg yg di tukar pula:-

    -conrode bearing
    -oil sump gsket
    -buat fondry
    -gantikan valve sim seketul krn calar
    -gsket head balik

    Buat kt kedai kawan so dia bg murah sket 1460 katanya sbb paham sy dh berhabis duit hrtu.. Tapi masalah bunyi tak3 bila tekan minyak tu xsettle juga.. Bunyi tu ada bila tekan minyak, bila lepas minyak bunyi tu hilang.. Dan hari ni bila saya check air di reservoir tank spt bcampur dgn myk itam sbb airnya coklat kehitaman, sama juga didlm radiator.

    Kemusykilan sy, apa punca sebenar bunyi tak3 bila ditekan minyak tu? Dan apakah yg perlu sy buat utk baiki? Selain tukar enjin baru adakah cara lain yg boleh dibuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin ini mengalami masalah head retak dan sebab itu minyak bercampur air,saya rasa bunyi akan hilang jika saudara gantikan head yang lain dan jika saudara telah tukar piston ring semasa overhaul sebaiknya minta mekanik periksa samada piston benar2 tidak bergoyang dalam blok kerana jika ia bergoyang kemungkinan piston oil ring juga patah,cari mekanik yang lebih mahir

      Delete
  46. salam saudara cif...sy baru buat top overhaul keta sy jenis wira 1.5 vdo.. masalah dia baru 1 hari pakai ada minyak dlm radiator...apa punca dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      Minta mekanik cek semula dan ketatkan skru head pada torque lebih tinggi kira2 45/55 supaya intake manifold tidak menyedut minyak kedalam laluan air

      Delete
  47. salam boss..apa masaalah kalau minyak enjin bercampur air cuma pada head..check engine oil pada deep stik tida kesan air..air pada radiator berkurang bila nak start awal pagi..adaka masaalah ini berpunca daripada turbo..saya mengunakan enjin vr4 turbo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,enjin ini telah menyedut air terutamanya akibat suhu enjin yang mnaik mendadak dan juga komponen head yang rosak dan mungkin juga head yang retak,jika air radiator sentiasa kurang ini bermakna head gasket pecah dan enjin terlalu panas,enjin perlukan top overhaul dan bukan sebab dari turbo

      Delete
  48. salam bro mcm mna untuk mengatasi air dh becampur minyak supaya kete dpt idop tempolary sampai bengkel selain menguna kn towing

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tiada cara melainkan guna tow truck onsurans atau selainnya

      Delete
  49. Salam tuan nk tnya brapa kos top overhaul proton saga fl?
    Kereta pernah overheat sbb kipas radiator tak jln. Hntr workshop cek hos upper radiator bocor. Pomen cek dlm minyak hitam da campur air tp tak nampak tompok2 putih. Die suggest bt top overhaul tp die cek radiator air ble cap bukak xde air pancut2 kluar n die kate ok lg n just flush mnyak hitam baru n hrap ok la..bnda tu btul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kos top kira2 rm1500,sebaiknya tukar head gasket saja sudah memadai

      Delete
    2. Ok terima kasih tuan..brapa ye kos tukar head gasket? Lagi 1 nk tnya mengenai de workshop yg bt servis carbon cleaning. Method tu berkesan ke utk bersihkn carbon dlm engin?

      Delete
    3. tukar gasket saja ada wsyop yang ambil rm300-500.Boleh guna decarbonizer,berkesan juga walaupun tak sepenuhnya

      Delete
  50. Salam tuan, kereta myvi 1st generation tahun 06, kalo air dh bercampur dgn myk itam, ape perlu di buat? Dan berapa anggaran kos nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,buat overhaul,tukar piston ring,engine bering dan set overhaul serta oil pump,kos anggaran adalah RM4000

      Delete
    2. Terima kasih tuan, ada lagi nak tanya kereta myvi jugak, ape punca ada buih byk mcm sabun pada air radiator yer? Dlm keadaan biasa tak ada buih, bila mula tekan minyak buih mula timbul...mohon pencerahan tuan

      Delete
    3. kotoran biasanya jadikan bermacam2 seperti buih dsbnya,perlu servis radiator

      Delete
  51. Salam tuan. Saya asri. Guna van thn 1992 toyota liteace 1.5 injin 5k. Injin overheating hingga ke tanda merah..bila periksa nampak hose radiator bhgn bawah telah mengelembong mcm nk pecah. Stlh injin sejuk masih megelembung lagi.bila buka radiator cap (0.9) angin shja yg keluar dan air kurang banyak. Stlh buka radiatoe cap hose tdi tdk mengelembung lg. Sy tukar radiator cap 0.9 yg bru ttpi msih berlku perkara yg sma.minyak injin npk mcm dh nak brcmpur dgn air tak lh klbu sgt.. kenapa ya? Yg kdua sy nk tukar ke power steering, kereta model apa yang sama dan boleh masuk power steeringnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,enjin ini telah terbakar head gasket,perlu skim head dan top overhaul untuk menghilangkan kemasukan air dalam head,kos kira2 RM2000,guna power steering toyota liteace juga

      Delete
  52. salam..tuan ade bengkel ke? nak minta periksa enjin 4g91 carb auto sy..nk tau ade mslh ke x..antar pomen lain bnyk xnk bwt sbb enjin modify..

    ReplyDelete
  53. Salam.. tumpang tanye.. ade kemungkinan ke minyak auto dh bercampur dgn air coolant? baru tadi terjadi, dimana temperature kereta sy (gen2 auto 1.6) naik. Didapati ada bocor di bawah tangki radiotor , keluar air warna pink strawberry (makna nya coolant totoya sy dah bercampur minyak).. Tow ke workshop, mekanik kate barangkali myk auto dah bercampur dgn air coolant. radiator kene hantar check&servis.. gear box kene flushing secara konvesional sampai takde air. Tapi katenye takde gerenti. Tapi bole dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ini biasa berlaku ,tabung radiator sebelah bawah perlu diganti dan gearbox boleh diflush ,sekarang terdapat flushing minyak gear yang menggunakan mesin lebih cepat dan elok

      Delete
  54. Salam tuan...saya nk bertanya berkenaan kete saya...saya memiliki kete peugeot 3008 ..baru2 ni kete mengelami semput gegar dan kurang power semasa begerak...so apakah masaalah dgn kereta saya ini...mintak penjelasan dari mekanik kereta dan tuan arshad...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ganti plug,air filter,fuel filter dan servis throttle body

      Delete
  55. Assalam,sy nk tnya tangki mnyk enjin kereta sy masuk air dan sy x start kereta x running lg...agak2 nk kena overhaul ka cmna??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,buang minyak petrol ditangki,cuci .sudah memadai

      Delete
    2. assalamualaikum, saya guna kereta honda civic thn 96 ..nk tnya kereta saya mengalamai mslh air tangki spare selalu kering,,dan bila selepas memandu hos radiator bahagian atas panas,,begitu juga hos di bahagian bawah juga panas,,apa problemnya ye,,minta bantuan..

      Delete
    3. wsalam,yang paling baik ialah tukar water pump akantetapi boleh juga servis radiator dan flush dan ganti thermostat ,karat mungkin telah memenuhi semua saluran sistem penyejukan

      Delete
  56. assalamualaikum tuan, baru2 ni kereta saya tiba2 keluar asap putih lepas tukar piping ekzos. saya cek minyak hitam, colour dia macam xjernih, keruh. adakah air dah bercampur dalam minyak hitam? berapa kos perlu dibaiki? satria neo auto 2007, mileage dah 230k

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,buat overhaul tukar set overhaul dan piston ring ,kos kira2 rm3000++

      Delete
  57. assalamualaikum tuan, baru2 ni saya tukar piping ekzos kereta saya, bocor teruk. selepas tukar, saya dapati ada asap putih keluar dari ekzos kereta, bila saya cek minyak hitam, warnanya keruh xjernih. (simpton2 bercampur air) adakah saya perlu melakukan top overhaul? model satria neo auto 2007. berapakah kos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,simptom asap putih adalah perlu tukar piston ring dan bila ini jadi ia enjin juga akan kedengeran seperti ring yang haus,kos tukar ring termasuk dalam overhaul kira2 rm3000

      Delete
  58. salam boleh saya dapatkan nombor whatsapp encik untuk bertanye sebarang soalan pasal auto kepada encik?
    kalau tuan tidak keberatan. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. no saya ada diatas blog sentiasa untuk whatsapp.

      Delete
  59. salam.minggu lepas saya exciden langgar divider.oil sump pecah cikit & radiator bocor.bengkel dah buat kena rm750.masa bawa kereta balik tak sampai 2-3 km temperature naik.pastu tambah air kat radiator tengok air ada belon.nak tanya head gasket rosak ke.perlu skim balik x @ top overhaul sekali.rasa2 kos berapa untuk pembaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam saudara perlu tukar thermostat dan tambah coolant,jika enjin panas tidak sampai ke tanda merah dan saudara berhenti untuk mengisis air ia adalah sebab sistempenyejukan yang kurang baik,periksa kipas radiator untuk pastikan ia berfungsi dengan baik,ini pada saya tidak melibatkan head gasket pecah dan perlu top overhaul,walaupun begitu kos top overhaul untuk pengetahuan ialah sekitar rm2000

      Delete
  60. Salam, tuan. Sy mpunyai Nissan Sunny B11 130Y tahun 1990. Mslh skang ialah enjin semput & bgegar-gegar (lebih teruk jika buka / hidup sistem aircond). Jika pandu, kereta tak boleh speed laju (tak pick up). Ini mnyebabkn jg pgunaan minyak petrol yg tinggi stiap kali mmandu kreta. Nampak ade minyak bocor di sekitar spark plug & piston. Untuk makluman tuan, water pump sy pn dh bbunyi kasar sebelum ni (spare tank radiator - cepat kering). Terima Kasih ats maklum balas yg dberikn. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,servis radiator,tukar thermostat,flush cooling system dan isi air serta coolant baru.Servis karburator,tukar gasket head cover

      Delete
    2. Ok. Terima Kasih, tuan. Adakah ini bermaksud saya perlu melakukan servis top overhaul pd kereta saya? Cume inginkan kepastian. Sekian atas perhatian tuan.

      Delete
    3. tak perlu top overhaul,,cuma buat apa yang saya senaraikan saja,yang saya maksudkan tukar gasket head cover ialah tukar gasket untuk penutup minyak silinder enjin sebelah atas

      Delete
  61. Salam tuan.... Nak tanya sikit ... Kereta viva elite saya senggut dan mcm pick up kurang , lepas tu kat enjin ada asap sikit , mekanik dah datang rumah dan ambik kereta , dia kata head bengkok and etc.... Kos 650 semuanya , berpatutan x ? Kos termasuk servis minyak hitam sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kos berpatutan untuk cabut head dan baiki komponen

      Delete
  62. Assalam tuan,

    Saya memiliki sebuah kereta hyundai atos, saya baru guna 6 bulan dan kereta ini kereta 2nd hand, waktu beli semuanya nampak elok kecuali gearbox xberapa nak elok, 2 bulan lepas, ketika saya pulang ke kl dari melaka, kereta ni suhunya naik mendadak dan ketika dibawa ke bengkel katanya gasket bocor,beberapa lagi brg lain juga ditukar kerana katanya minyak dalam enjin sudah bercamput air, setelah dibaiki saya bayar jumlah semuanya termasuk upah 2400+. Saya jangkakan yang setelah dibaiki semuanya masih elok, tapi minyak pula bocor, saya bawa lagi ke bengkel yg berlainan, kali ini katanya kerana oil switch dan beberapa bnd lain, jadi dibaiki lagi jumlahnya kali ini mencecah 1000. Selepas seminggu paip gas aircond pula bocor, dan sudah dibaiki dngn harga 60, tetapi kali ini enjin pula berasap, minyak hitam bocor lagi, bau hangit terbakar keluar dri enjin dan minyak melimpah di keliling enjin. Paip untuk mengisi gas aircond juga berair. Saya ingin minta pendapat tuan atas permasaalahan saya ini, duit sudah banyak dikeluarkan tapi rosaknya masih di tempat yang sama.

    Saya harap tuan dapat membantu.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,jika suhu tidak naik dan masih stabil,tukar gasket head cover sudah memadai akantetapi jika suhu naik saya rasa saudari tukar silinder head adalah paling baik,kos kira2 rm800

      Delete
  63. Assalamualaikum en, kereta apv suzuki saya x boleh start. Bila start bergegar teruk.asap putih keluar dr ekzos.suhu pun naik.mekanik kata air masuk enjin. Sebelum2 ni air dlm radiator memang selalu berkurang kalau jalan jauh.bahagian atas radiator telah ditukar, kerana dianggap terdapat kebocoran pada radiator. Tapi tetap juga berkurang air. Apa yg terjadi sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,enjin memang benar telah mengalami piston ring yang haus,air juga telah berada dalam kebuk pembakaran,perlu lakukan overhaul

      Delete
  64. Assalamualaikum en, kereta apv suzuki saya x boleh start. Bila start bergegar teruk.asap putih keluar dr ekzos.suhu pun naik.mekanik kata air masuk enjin. Sebelum2 ni air dlm radiator memang selalu berkurang kalau jalan jauh.bahagian atas radiator telah ditukar, kerana dianggap terdapat kebocoran pada radiator. Tapi tetap juga berkurang air. Apa yg terjadi sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,head gasket perlu tukar ,piston ring juga ,kos kira2 rm2000

      Delete
  65. Assalamualaikum, setelah enjin kereta saya dibuka. Dan penutup enjin dihantar untuk diuji air. Katanya masih baik. Kemungkinan katanya gasket yg rosak. Betul ke sekiranya gasket setelah dibuka, gasket tersebut tidak boleh digun kembali? Berapakah harga gasket untuk apv suzuki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,prosese ini adalah tukar head gasket juga top overhaul.kos kira2 rm2000

      Delete
  66. Salam, enjin kereta persona sy masuk air sbb banjir. Agaknya apa yg perlu sy lakukan utk atasi semua masalah ini? Dh hntr bengkel dh baru2 ni.

    Salah satunya mesti kena tukar minyak hitam dulu sbb air pun dh masuk kt minyak hitam dh nie.

    Lps tu, agaknya apa yg perlu sy tukar kt komponen2 enjin yg lain? Adakah kereta sy perlu overhaul nanti?

    Kos baikpulih agaknya berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,tukar minyak hitam,minyak gear,autofilter,oil filter,plug insyallah ok

      Delete
  67. Assalamualaikum en, berapakah harga untuk gearbox suzuki apv?

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum tuan..saya menggunakan sentra N16..last week sy dr jengka nk ke k.l..dr sana sehingga seblom genting sempah..kereta o.k..xde masalah..kelajuan 100-120...tp apabila mendaki bukit sempah...ekzos menheluarkan asap putih yg bnyk...kemudia.sy cek air radiotor dan minyak enjin semua o.k je..sy teruskn perjalanan blk..menuruni bukit genting sempah asap xde...tp apabila mendaki bukit slps tol jln duta keluar asap putih lg...boleh x tuan bg pandangan/cadangan..apa masalah enjin sy...t.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,asap putih biasa dikaitkan dengan turbo bocor jika kereta ada turbo dan juga piston ring yang haus dan perlu ditukar

      Delete
  69. Salam tuan, kereta saya Honda city 2015, dec thn lepas, setelah melalui jalan yg berair kerana hujan lebat, air telah masuk ke enjin melalui intake manifold yg sedut air melalui air filter. Enjin tiba2 mati. Setelah dibuat pemeriksaan, conrod piston telah bengkok, piston calar, cylinder block dan cranshaft calar. Kos overhaul dan tukar block dlm 12k(kos sblm kempen banjir), skrg ni masih menunggu kelulusan JPJ. Minta pandangan tuan, knp kerosakan major sedangkan bkn harung atau tengelam dlm banjir dan pada kos yg agak tinggi.
    Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,saya rasa ianya secara kebetulan kerana enjin yang tidak ditenggelami air sukar untuk rosak engine bearing dan lain2 komponen overhaul akantetapi jika setengah dari enjin dibahagian bawah ditenggelami air,risiko untuk enjin mati dan air masuk ke ruang minyak hitam adalah tinggi,mungkin air masuk melalui senggat pengukur minyak hitam dan sampai keatas melalui pusingan enjin,jika apa yang saya sebutkan tidak berlaku ia masih berbalik kepada kebetulan enjin hampir rosak

      Delete
  70. Salam, saya pengguna kia spectra. Semalam air cond tiba2 panas dan temperature naik. Sebab jarak rumah agak dekat saya teruskan perjalanan. Setibanya di rumah enjin kereta tiba2 mati dan tidak boleh dihidupkan setelah dicuba beberapa kali. Setelah dibiar selama 2 jam, saya membuka tangki air dan mendapati telah kering. Apabila saya memasukkan air terdapat kebocoran yang agak banyak bukan dari tangki air tetapi dari bawah enjin. Harap en dapat memberikan pandangan berkenaan masalah ini dan apakah langkah terbaik yang perlu saya lakukan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada hose yang pecah dan perlu ganti ,enjin mungkin boleh diselamatkan jika tempertaure tidak mencecah bahaya merah pada penunjuk ,jka enjin dapat dihidupkan setelah ganti hose ia mungkin elok semula jika tidak,enjin perlu top overhaul kerana gasket pecah

      Delete
  71. Salam. 3 hari yg sudah anak sy semburkan aor paip masuk ekzos. Setelah start, air keluar menbuak2 dari ekzos. Tapi enjin boleh jalan lagi.
    Kemudian, hari ini, enjin x boleh hidup pulak. Adakah ini bermakna engine da masuk air? Kene top overhaul ke? Kereta saga flx. Berapakah kosnya. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam tak perlu top overhaul,jumpa mekanik minta buangkan air dalam ekzos sudah memadai,plug juga telah basah ,bila air dibuangkan plug diganti ,insyallah hidup seperti biasa

      Delete
  72. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JUMAAT
    Saya pengguna Myvi Auto.. nak tanya,kenapa kereta tiba2 mati sewaktu saya memandu...perkara ini kerap kali berlaku pada waktu kereta tersebut dalam kelajuan yang rendah iaitu masa jalan raya jem dan sesak...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,RPM yang sangat rendah mengakibatkan enjin idling ada problem,gantikan idle sensor,fuel filter dan plug,insyallah ok

      Delete
  73. Assalamua'laikum..sy pengguna kereta viva 850,masalah kereta sy adalah
    1.bila minyak di tekan semasa berjalan terutama naik bukit mahupun rata enjine hilang power..dan berbunyi purrrrrr dan memaksa turun gear.
    2.ada basah engine oil pada bahagian belakang enjine..dan ada juga keluar di exzos.
    Apakah masalah atau kerosakan kereta sy ini?dan apa yg perlu di baiki.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,minyak hitam disedut masuk ke ruang pembakaran dan dalam air filter,mungkin perlu buat top overhaul kerana semua komponen top set telah haus

      Delete
  74. Slam tuan. Sya nk tnya adakah sistem yg ada pd enjin pda hari ini akan mematikan enjin kereta scara auto apabila jarum suhu mennujkkan suhu enjin smp H?.. Cth nye ingin campro... Ingin pencerahan dr tuan mengenai ini... Adakah dgn ini blh mgelakkan gasket tbakar atau mslah lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam,tiada sensor untuk matikan enjin,jika enjin terlalu panas,ia akan mati sendiri kerana sukar untuk berpusing akibat terlalu panas ,semua enjin akan begitu,Head Gasket mesti akan terbakar dan perlu Top Overhaul

      Delete
  75. Assalam tuan, sy mohon tanya.. sy pakai exora.. baru2 ni lmpu check keluar. Say dh p check pd proton ckp c da apa2.. tiba2 mati enjin masa sy bawa blk kja. Bila bw ke proton diorang ckp mslh turbo. Skrg turbo dah gnti.. dn tadi tiba2 keluar plak simbol ABS..

    Mohon pandangan apa masalahnya kereta sy ni..

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cabut negatif bateri 10 minit ,pasang semula dan hidupkan enjin biar 10 minit untuk reset ECU sebab tukar komponen

      Delete
  76. salam tuan.saya ade sikit masalah.saya dh tercampurkan air dalam tangki minyak power stering.ape perlu saya buat.kalau saya keluarkan minyan yang lama dan ganti dengan yang baru,boleh ke.minta penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tak jadi masalah untuk keluarkan yang lama dan diganti baru.Boleh guna mesin flush yang ada terdapat dimana2 wsyop juga

      Delete
  77. Salam..saya pakai vios 2005.baru2 ni overheat ...tambah air lepas tu jalan mcm biasa..lepas 3 hari saya rasa lain macam bunyi enjin ,,kasar sikit..check minyak enjin ok takde mixed dgn air..tp radiator macam teh susu,,berminyak..perlu overhaul ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,air dah masuk ke dalam cooling sistem akibat gasket pecah,perlu buat top overhaul

      Delete
  78. Asalamualaikom....saye nak mntk pndpt sedara la...kete sye atos prima...brunie sye bt top overhaul sbb enjin cmpor air... Pas top sye ambil enjin gegar...sye da g pomen blik die ckp 2 biase mula2...ckup smggu enjin kereta berasap....saye Towing smla g bgkel tp die ckp xnk gnti rugi....die ckp kete kne overhaul lak... Sye pon mls bak pikir sgt suh die overhaul.... Tp pas siap overhaul kete tetap msih berasap.....skrg die suh tukar enjin plak.... Mntk pndpt sedara ape yg perlu sye buat...kete da nak masok 2 bln d bengkel tp smpi skrg xsiap
    ..duit da byr 1300...kos overhaul dgn
    tukar enjin sye gak yg tggung...rse mcm tertipu jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,saya telah terangkan di soalan saudar di google plus

      Delete
    2. Salam bang..saya pakai honda ek enjin b20b auto..masalah kereta saya gear jadi free tiba2 masa drive..saya cuba reset dgn buka terminal bateri..kereta boleh jln tp lpas 5km gear jd free balik..kne reset buka bateri baru blh jln..apa masalah gearbox auto kereta ni..

      Delete
    3. Salam bang..sy pakai kreta honda ek enjin b18c auto..masalah kereta sy gear jadi free sendiri semasa tgh drive..sy cuba reset buka terminal bateri..kereta blh gerak tp dlm 2km mcm tu gear jd free balik..apa masalah gearbox auto ni..minyak auto di paras maximum..kereta blh gerak lps rset guna cara buka bateri..

      Delete
    4. wslm,masalah macam ni adalah masalah gerigi gearbox auto samada tukar gearbox atau buat semula

      Delete
  79. Salam tuan, nak tanya, sy pakai persona cuba start masa balik kerja x boleh. Then igt plug ke apa ke. Skali pomen kata tank minyak sy masuk air sbb bila dia buka bahagian minyak delat depan tu and try start enjin, air kaler putih susu yg keluar bukan minyak... betul ke apa yg mekanik tu ckp? Anggaran berapa ye tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,jika tangki ada bocor atau oil filter dan hose yang bocor boleh masuk air dengan mudah,kos baiki kira2 RM400

      Delete
  80. Salam..nk tanya pendapat,knp kereta sy air radiator tendang tank spare?temperature pun kejap naik dan turun.radiator da servis..pnh exciden kecil raditor bocor drive lbh kurang 20kmj..tpi enjin tak berasap.cuma berat sikit nk start mase tu.siap repair enjin ok..cuma masalah nya radiator air tendng dan temperature..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada sumbat pada thermostat atau u hose

      Delete
  81. Salam tuan..nk tanya,knp kereta sy saga blm air radiator masuk tank spare?temperature pun naik..pnh kemalangan kecik..radiator bocor dan sy pandu je smpai bengkel dgn hi temp,enjin tak berasap lg cuma nk start berat sikit..

    ReplyDelete
  82. Asalam tuan mekanik...nk tanya kenpe kereta sy bila langgar lopak air akn jd senggut2....mcm nk mati...penah skali mati enjin...tp bile senggut sy biar kreta xjlan lame sikit...bile jlan xde da senggut tu...mntk pendapat apa msalah sy ini...kereta wira 1.5 carb...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,ada sensor yang kena air,yang biasa ialah sensor di ekzos dan atas gearbox,periksa jika ada wiring atau soket yang mudah kena air bila langgar lopak

      Delete
    2. Oke tuan kt mna letak sensor ekzos?? Dan apa prlu sy buat untuk elakkan air trkena sensor ekzos??

      Delete
    3. satu di atas satu ditabung,boleh ditapekan

      Delete
  83. Salam bang.sya gna kenari.sensor dh hampir smua dh tukar top overhole pn dh bt..tp lampu enjine menyala jg..asap hitam keluar.bila race minyak enjine ada bunyi kasar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,tukar tabung ekzos dan sensor pada tabung,in sha allah ok

      Delete
  84. Salam..tuan tumpang tanya...adik secara x sengaja tertuang air pada ruang minyak hitam lebih kurang satu liter tetapi masih belum menghidupkan enjin..adakah kena top overhaul atau sekadar flush out minyak hitam sudah memadai

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,flush sudah memadai,bunag minyak ganti lain itu saja

      Delete
  85. bos,,, saya moto block 65,,, tpi minyak keluar masuk kotak angin,,, sampai kering minyak hitam saya..tahu tak bos,, kot2 sama dgn kereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIka minyak disedut keatas adalah akibat valve seal yang lusuh

      Delete
  86. Salam tuan
    Kalau air dari radiator tendang ke tangki simpanan air apa perlu buat.adakah tukar gasket head sahaja dah boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,servis radiator dan ganti head gasket,in sha allah ok

      Delete
  87. Slm tuan.sblm ni dh buat top overhaul,tukar gasket sbb air dh masuk engine.radiator pn kering.

    Tp lepas buat top, air plak tendang ke tangki spare.radiator kering,hari2 kene topap.
    Dah return,pomen ckp engine problem.nk test head semula kt engineering.
    Apa pndangan bos?tq bos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,cara yang elok ialah tukar head,head ini telah nipis dan mekanik telah tambahkan nipisnya dengan skimming

      Delete
  88. Salam.. baru2 ni kereta avanza saya overheat.. saya takut bila overhaul, akan ada masalah akan datang. Contohnya, air selalu kering dan sebagainya.. jadi, saya bercadang untuk tukar enjin.. tapi enjin 4age 16v..
    Boleh encik berikan pendapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin blacktop tiada masalah ,untuk 16valve adalah agak baik,enjin lebih senyap dan jimat minyak,tukar minyak hitam berkala ikut kilometer inshallah tiada masalah

      Delete
    2. Macam mana dengan tapak mounting??
      Perlu di mody??

      Delete
    3. Terima kasih atas pendapat encik..
      Semoga allah melimpahkan rezeki berlipat ganda pada encik..

      Delete
  89. a'kum.kereta iswara lmst saya bila jalan tekan minyak ada bunyi dibahagian enjin mcm benda yg berputar bila lps minyak x bunyi.selalu knp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,servis throttle,jika ada kotoran atau bendasing boleh dikeluarkan

      Delete
  90. salam sejahtera,
    tanki minyak kereata jenis Hyundai accent 1.5 sengaja dimasukkan air oleh musuh saya. sy telah tukar fuel pump, filter, minyak hitam,plug. tetapi kereta masih tidak dapat dihidupkan enjin. minyak sampai fuel pump tapi tak masuk kat enjin. bagaimana boleh selesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera kembali,tukarkan keseluruhan fuel injector untuk enjin berfungsi semula

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016 dan juga diharap pengunjung tidak menggunakan butang Reply pada Page post blog ini ,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>