Mekanik kereta: Engine change
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke +60173023492

Oct 19, 2013

Engine change


Assalamualaikum dan Selamat Aidiladha,

Engine change atau dalam bahasa mudahnya adalah tukar enjin.Tukar enjin adalah perkara paling mudah bagi mekanik tapi bagi pengguna yang tiada sedikit pun pengetahuan mengenai enjin yang masih boleh digunakan akan menyebabkan kesusahan dikemudian hari.Masalah kerosakan kereta yang lebih teruk mungkin berlaku jika memilih enjin yang tidak patut digunakan samada ia berbentuk halfcut atau pun enjin kosong.




Enjin tanpa gearbox dan drve shaft adalah enjin kosong
Ramai diantara pengguna kereta yang suka memilih enjin sendiri tanpa menggunakan khidmat mekanik atau woksyop.Ini memang boleh dilakukan malahan ianya tidak bersalahan langsung dengan etika atau undang-undang mekanikal.Akantetapi sedikit pengetahuan perlulah ada supaya enjin yang dipilih boleh dipakai sekurang-kurangnya untuk 5 tahun lagi.

Mengenai enjin terpakai pula seperti yang boleh didapati dikebanyakan kedai alatganti terpakai atau kedai potong kebanyakannya telah melebihi usia 5 tahun dan ianya juga adalah bercirikan import dari luarnegara seperti Jepun dan negara Eropah yang melupuskan penggunaannya selepas 5 tahun.

Enjin kosong dan halfcut engine

Enjin kosong adalah amat biasa digunakan berbanding halfcut kerana kosnya agak murah dan ianya mudah dipasang dan juga mengambil masa yang tidak lama berbanding halfcut engine.
Terdapat beberapa komponen yang tidak disertakan dalam enjin kosong seperti alternator,power steering pump,starter,dashboard,mounting dan gearbox serta wiring.Olehitu memilih enjin ini seharusnya menggunakan code model seperti 4G19 ,B6 dsbnya.Ada juga terdapat kereta yang boleh ditukar enjin walaupun dari berlainan model seperti enjin naza ke toyota,kancil ke mira dsbnya asalkan engine mounting dan gearbox boleh dimuatkan, ia adalah bersesuaian dan kebanyakannya menggunakan enjin kosong.

Halfcut engine pula adalah bermaksud sebahagian/setengah dari kereta dipotong dua bermula dari sebahagian pintu depan sehinggalah ke bahagian enjin tidak termasuk tayar dan roda.Komponen-komponen enjin seperti alternator,starter,power steering,gearbox semuanya disertakan sekali termasuk steering rack dan komponen akhir seperti rack end,tie rod end ,disc dan shock absorber.Harga sebuah halfcut adalah bersamaan dengan 3 kaliganda harga enjin kosong.Kerosakan kereta atau enjin mudah ditangani dengan menggunakan halfcut engine

Halfcut engine boleh digunakan hampir keseluruhan termasuk dashboard dan wiring dan jika pandai memilihnya berkemungkinan pengguna akan mendapat komponen yang lebih baik berbanding apa yang ada pada kereta lama mereka.Memilih enjin dan bahagian ini pula bergantung kepada apa yang ingin digunakan sepenuhnya seperti enjin atau bahagian wiring dan dashboard,dan kebiasaannya enjin adalah paling utama berbanding dashboard dan wiring yang rata-rata banyak digunakan oleh kereta-kereta Eropah seperti Mercedes,BMW dsbnya.

 Cara-cara memilih enjin terpakai 

Memilih enjin terpakai yang masih boleh digunakan bukanlah sesuatu yang susah dan memerlukan kepakaran yang tinggi.Terdapat ramai pengguna kereta yang mahir memilih enjin yang baik untuk kereta mereka dan tak kurang juga yang menggunakan kaedah tangkap muat sehingga terpilih enjin yang rosak teruk ,terpaksa dioverhaul dsbnya dan hanya bertahan sehari dua menggunakannya.Disini saya senaraikan sedikit cara-cara memilih enjin yang  masih boleh digunakan sekurang-kurangnya 5 tahun.Ciri-ciri enjin yang elok:-




  1. Bau minyak hitam/keladak minyak tidak hangus atau hangit.Buka penutup minyak enjin dan calit sedikit ke jari dan hidu.
  2. Kurang minyak meleh ditepi head dan gearbox.Goyang sedikit enjin tersebut jika ada lelehan minyak ia tanda banyak bocor gasket
  3. Jika ada alat seperti spanar bersaiz 21 atau 24 pusingkan sedikit skru flywheel untuk pastikan enjin tidak jammed atau melekat atas sebab ada bahagian yang patah.
  4. Pastikan tiada kemek atau retak pada engine block dan tangki minyak hitam/ oil sump.
  5. Pastikan tiada lelehan minyak hitam di bahagian timing belt manakala enjin yang gunakan timing chain lelehan minyak dibahagian berdekatan tanda damper dan rantai yang hampir renggang.
  6. Turuti langkah diatas secara teliti terutamanya menghidu bau minyak hitam enjin yang memungkin memilih enjin yang telah hangus dalamannya.
Secara kesimpulannya memilih enjin perlulah hati-hati walaupun tanpa pengalaman dengan berbekalkan pengetahuan insyallah ianya tidak akan menyusahkan dan tidak mungkin meletakan anda dalam keadaan 50-50 secara teknikal.



88 comments:

  1. Assalam tuan, saya menggunakan gen2 auto 1.6. Masalah no 1 timbul bila masukkan gear dari N ke D, terasa menyentak kuat bila mula bergerak dan ada time lapse dalam 10 second untuk shift ke gear seterusnya...Masalah kedua, bila tengah drive tiba2 di meter console ada keluar simbol mcm enjin dan tiba2 kereta lost power. Kena drop gear rendah, baru ok mcm biasa. Minta penjelasan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan... saya nak tukar engine proton wira, engine ape yg sesuai utk long distance, speed pon ok n harga pon takde la mahal sgt.

      Delete
    2. wslm,enjin mitsubishi mivec atau mitsubisi biasa

      Delete
  2. @jjjebatw/salam saudara perlu tukar speed sensor,banyak simptom menjurus kepada rosak speed sensor yang tak dapat menerima isyarat dengan baik,kalau boleh juga tukar minyak auto dan autofilter

    ReplyDelete
  3. assalam tuan..tumpang tanya..berapakah anggaran harga kos bagi penukaran dan pembelian enjin isuzu dmax? terima kasih...

    ReplyDelete
  4. @cahayaqasehsuchiwslm,enjin kosong saja anggaran kira2 dalam rm8000 dan kos upah kira2 rm2000 sahaja

    ReplyDelete
  5. Assalam tuan.. Keta toyota nadia 1998 2.0 saya pandai meragam ketika dalam traffic jem.. Rpm naik turun,kalau engine terpadam memang jenuh nak start balik keta tu...hari tu dah check komputer,tukar fuel sensor pastu balik macamtu semula.. Apakah pandangan tuan dgn keta tu.. (dah tu spare part keta recond ni pun limited edition.. Huhu) t. Kasih

    ReplyDelete
  6. @zaidiewslm,masalah idling perlu tukar sensor throttle body

    ReplyDelete
  7. aslmualaikum.
    sya nak tanya anggaran head 1set hyundai atos 1.0.
    sebab head skru punya lubang dh lobos

    ReplyDelete
  8. As salam tuan..sy ingin minta pendapat tuan..sy pakai kembara ez 1.3..dan sy ingin membeli enjin kosong kembara 1.6 ..pertanyaan sy,boleh ke kalau gearbox 1.3 kawinkan dgn enjin 1.6..maksud sy ada kesan sampingan tak kalau sy buat begitu .dari segi kerosakan yg akn sy alami nt..

    ReplyDelete
  9. As salam tuan..sy ingin minta pendapat tuan..sy pakai kembara ez 1.3..dan sy ingin membeli enjin kosong kembara 1.6 ..pertanyaan sy,boleh ke kalau gearbox 1.3 kawinkan dgn enjin 1.6..maksud sy ada kesan sampingan tak kalau sy buat begitu .dari segi kerosakan yg akn sy alami nt..

    ReplyDelete
  10. @Azril Ierawslm,kerosaka tiada cuma drive shaft cepat abis dan pickup ada sikit kurang sebab cc gearbox besar

    ReplyDelete
  11. Salam tuan..sy ingin bertanya,shell 10w-30 dgn 102-40 ape perbezaan? jikalau sy ingin guna 10w-30 untuk waja 4g18 sy sesuai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm shell 102-49 tiada rasanya,10w 30 ada minyak fully tu,boleh gunakan

      Delete
    2. Maaf,bkn 102 tapi 10w-40. tapi yg 10w-30 knape 3 liter je sy tgk botol tu?

      Delete
    3. maaf saya pun dah salah beritahu ,10w40 ,4 liter,10w30 3 liter sahaja untuk enjin 3 silinder saja seperti kancil,viva dan kelisa

      Delete
  12. Salam tuan..kereta asal kancil 660 manualsaya telah digantikan dengan enjin Kelisa 1000cc auto..masalahnya kereta bergegar kuat Ketika minyak ditekan...sy telah buat balancing dan alightment.. Tayar baru dan Drive shafts pun da tukar.. Harap tuan dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mounting pemegang enjin dan gearbox kancil ada 4 ,perlu ditukar juga untuk mengelakan gegaran ketika memerah minyak.

      Delete
  13. Boleh tak sy tukar enjin blok sy dr b16a ke blok crv (blok lg besar dn piston besar).klu boleh,apa model blok crv yg sesuai.dn d mn blh sy mncari blok crv ni.sbb sy nk blok besar,piston besar.sy ada trbca blh kacuk-kacuk blok(modified car) tp nk tahu jg apa kesan-kesannya tkut terbeli head bngkok,ada kbocoran,dn sbgnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuma kesan sampingan seperti kebocoran dan enjin yang kurang stabil akibat wiring lama digunakan akan ada

      Delete
    2. dimana2 kedai potong kereta ada terdapat enjin crv halfcut dan enjin kosong

      Delete
  14. Assalamamualaikum.. Saya mau tanya berapa harga engine complete B20B (crv) manual?

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Saya mempunyai kereta mazda 808 tahun 1978. SAya nak tukar enjin half cut (auto transmission) supaya pemanduan saya terasa seperti kereta moden.

    Soalan saya, enjin apa yang sesuai untuk kereta tarik belakang ni? Kalau pakai engine mazda skyactiv 1.3 / 1.5, sudah ke ada dipasaran half cut? Jika tidak, enjin apa yg paling sesuai? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,mazda capella,mazda pikap,mazda rx3,4 dan mazda bongo juga boleh digunakan,saya rasa mazda skyactiv tiada enjin yang menggunakan long shaft gearbox

      Delete
    2. Terima kasih dengan jawapan Tuan ...

      Delete
  16. as salam.
    kereta gen2 1.3 sy selalu rosak sejak setahun kebelakangan ni. yg terkini, setiap 2 hari mesti kena tambah air dalam tangki. sedangkan tangki baru 2 bulan tukar baru. ada org ckp head bocor.
    sy berhajat untuk tukar enjin, cari halfcut. so, enjin apa yg boleh dipasangkan dengan gen2 1.3 sy. selain enjin gen2, enjin apa lagi yg boleh dipasangkan pada gen2 sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin camoro cps atau cvvt exora juga boleh digunakan

      Delete
  17. Salam tuan, apa myk sesuai utk grand livina 1.6 2009?. Dan mcm mna utk mengatasi masalah bila masuk gear D, lps 10saat baru bergerak? .terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,minyak mineral adalah terbaik untuk menjamin kepanasan kurang seperti castrol mach 5 20w50.
      Lambat masuk ni berkaitan dengan solenoid shift dalam autofilter yang dah kurang berkesan

      Delete
  18. Selamat pagi abang saya guna wira 1.5 vdo manual (auto tukar manual)
    Dan tukar tortlebody 1.8 vdo gti dengan ecu sekali.maslahnya idling naik turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi ,bersihkan tps sensor pada throttle body

      Delete
  19. Assalam.

    Saya ada tukar enjin dan gearbox. Mekanik cakap enjin tak blh start sbb tak ada cas elektrik. Napa blh jadi macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,mungkin wiring dan distributor belum penuh disambungkan

      Delete
  20. Assalam, sy ingin menukar enjin vitara '96 sy.enjin apa yang sesuai selain dr SR20 dan berapa kos utk proses trsebut..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,suzuki jimmy pun boleh,kos sekitar rm5000

      Delete
  21. Salam tuan...
    Selain engine original Atos 1.0
    Apakah engine yg sesuai blh dimasukan dlm Kereta ini

    ReplyDelete
  22. Salam tuan.nak tanya engine apa yg boleh di pasang di naza sutera selain dari ori.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin Toyota starlet 4E FTE pun boleh ,kelisa juga boleh

      Delete
  23. salam tuan.. blh senaraikan enjin apa yang ssuai untuk hyndai matrix? dan blh syorkan bengkel disekitar lembah klang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,boleh gunakan mitsubishi GSR atau Hyundai Getz ,lebih baik buat di kedai potong kereta kerana enjin mudah didapati,Api Auto Bandar Bukit Puchong jalan BBP 6

      Delete
    2. Salam tuan. Saya ada satu Matrix 1.8L tahun 2007. Mekanik kata enjin nak kena tukar sbb teruk sangat dah bunyi dan gegarnya. Di mana boleh dapat enjin potong?

      Delete
    3. wslm,di atas blog ini terdapat link page yang bertajuk alatganti,klik link untuk mendapatkan talian untuk mencari enjin disekitar lembah kelang sahaja

      Delete
  24. Salam tuan..enjin ape y sesuai tuk mazda fighter pickup tahun 2000.n selalunya berapa kos ye enjin wiring aircond semua skali..
    Sy dengar 2jz blh masuk tapi power tak ngan body mazda tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,guna semula fighter atau skyactiv,kos tukar kira2 rm5000

      Delete
  25. Salam tuan..enjin apa y sesuai tuk mazda fighter tahun 2000..berapa agaknye kos tuk siap pasang semua..

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum tuan,saya memandu honda accord 2.4cc tahun 2007, minyak hitam apa yang sesuai digunakan dan brapa liter diperlukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,minyak mineral SAE 20w50 sudah memadai,4 liter digunakan

      Delete
    2. maaf bertanya lagi. SAE 20w50 untuk berapa kilometer?

      Delete
  27. Assalam saudara, berapa kos siap pasang sekali dengan endose klau saya amik halfcut mitsubishi? Dan enjin jenis apa yg sesuai utk proton gen2 saya? Ck / gsr turbo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,gsr turbo adalah yang biasa digunakan,kos kira2 rm4000

      Delete
    2. Saudara ada whatsapp tak? Nk bercerita panjang skit laa tentang masalah kereta saya ni :D

      Delete
    3. atas blog ni sentiasa ada nombor saya

      Delete
  28. salam saudara...gsr turbo rm4000 tu upah sahaja atau siap enjin..?

    ReplyDelete
  29. Salam tuan, saya nak upgrade Gets 2005 1.3 ke 1.6,
    A. Gearbox kena tukar tak?
    B. Berapa kosnya?
    C. Di mana tempatnya? Dulu ada contact di Serdang, tapi lost contact sebab handphone hilang.
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      1.Tukar sekali lebih baik
      2.kos sekitar rm4000
      3.cari motecmat

      Delete
  30. Bolehkah enjin kosong 4g93 single cam di masukkan dalam waja namun masih mengekalkan wyering.injection dan bahagian lain yang asal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya plan nak upgrade persona.
      1.enjin 1.8 yg sesuai optional turbo
      2.dashboard yg sesuai ex..waja atau evo

      Delete
    2. 1.enjin 1.8 sesuai
      2.dashbod evo

      Delete
  31. Assalammualaikum Tuan Mekanik...Saya memakai kenderaan jenis BLM 1.3 Second.
    Sy telah terbeli minyak hitam jenis Petronas NGV..15/40...sy da perasan, tp pekerja kedai tu ckp boleh guna dkt kenderaan yg tiada ngv Persoalannya,boleh ke sy menggunakan minyak tersebut...

    Dan Soalam kedua...apa enjin yg sesuai untuk Saga BLM selain dr enjin jenis CPS

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,minyak NGV tidak sesuai untuk enjin petrol sahaja,enjin mitsubishi EVO juga sesuai

      Delete
  32. Sekiranya berlaku timing chain putus, apa cadangan yag sesuai? Sama ada ditukar enjin atau buat baik pulih? Apa kekurangan dan kelebihan baik pulih enjin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses adalah top overhaul,kebaikannya enjin jadi bersih dengan komponen baru,keburukannya jika mekanik kurang teliti ia akan banyak masalah,manakala tukar enjin proses lebih mudah,keburukannya kadangkala enjin yang didapati tidak menepati atau kurang prestasi

      Delete
  33. Assalam encik..sy ingin bertanya,sy pakai kereta toyota corolla KE70 enjin standard 4k tahun 1983.Boleh encik bantu,minyak enjin apa yang sesuai untuk sy pkai.Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,KE70 minyak jenama apa2 asalkan ia asli insyallah boleh guna tetapi yang paling baik guna gred 20w50

      Delete
  34. hai. sy pkai alza tahun 2015. minyak apakah yg sesuai sy gunakan tuk service kete

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm tuan...baru2 ni waja saya mengalami mslh overheat.Berasap enjin.Jadi saya ingin bertanya 3 soalan.
      1)berapa harga head baru(seandainya head yg sedia ada mengalami kerosakan serius)
      2)ada kemungkinan kah jika overheat berlaku,selain dari head...ada kompenan lain turut rosak.
      3)berapa harga semasa enjin 4g93.
      Terima kasih.

      Delete
    2. wslm,
      1.RM800
      2.tiada
      3.enjin kosong sekitar rm3000

      Delete
  35. Salam abang brader yang terer bab enjin kereta..

    Hamba nak tanya..
    Kereta matrix 1.6 2003 enjin apa yang sesuai kalau enjin toyota..
    Dan adakah perlu tukar segalanya seperti radiator,gearbox etc..

    Dan adakah perlu buat pengesahan jpj?

    Agak2 berapa kos nak tukar enjin complete siap..
    Risau kadang sesetengah mekanik DAP ni mereka tak cakap habis..

    Dah lerai baru dia sembelih..

    Dulu rosak gear box,mekanik umno buat hal pulak..
    Di sembelihnya kita..

    Please advive abang brader yang bijak pandai..

    Wassalam and tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,biasa tukar enjin mitsubishi GSR atau atos dan Getz boleh juga dengan toyota celica blacktop 20v,gna halfcut lebih baik,pengesahan jpj adalah wajib,kos kira2 rm8000

      Delete
  36. salam tuan.. saya pakai kereta ford escape xlt 2.0. Apa enjin lain yg sesuai untuk kereta ni. Mungkin abg bole senaraikan jenis2 enjin yg sesuai dan harganya sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,Enjin Toyota 1MZ atau Ford 500,kos sekitar RM12000

      Delete
  37. salam tuan, saya ada proton satria 4g13 & waja 4g18, yang mana lebih sesuai utk swap engine kosong 4g93 dan boleh ke gunakan semula component engine asal pada 4g93?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,masuk ke enjin 4g18,boleh guna yang asal

      Delete
  38. Assalam tuan, berapa kos siap pasang sekali dengan endose kalau saya amik halfcut dan enjin jenis apa ya yg sesuai utk proton satria saya? Sekarang saya pakai 4g13.

    ReplyDelete
  39. Assalam tuan, berapa kos siap pasang dengan endose klau saya nak amik halfcut dan boleh tuan beri cadangan enjin jenis apa yg sesuai utk proton satria 1.3 saya. Enjin asal 4g13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,enjin wira 1.3,enjin GTI juga boleh,mitsubishi mivec

      Delete
  40. salam tuan,
    sy pakai kereta hyundai getz 1.3
    kereta ni xde pickup n slalu tersedut2 bila brgerak
    enjin ape yg sesuai utk dimasukkan ke kereta ni selain enjin hyundai?
    harap tuan sudi bls prtnyaan sy,tqvm :)

    ReplyDelete
  41. Salam tuan..sy pkai gen 2 cps..nk upgrade CC n HP..enjin ape yg sesuai dan anggaran kos semua brape??budget bwk 10k...mohon bantuan n pendapat..enjin cps sy dh problem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,enjin GDI 1.8 turbo tiptronik boleh

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>