Mekanik kereta: Teksi dan penggunaan NGV
Jika Mahukan Panduan Dan Nasihat Dari Mekanik
Anda Boleh Whatsapp Terus Ke+60173023492.

Dec 10, 2012

Teksi dan penggunaan NGV


Salam,

Teksi  begitu sinonim dengan penggunaan NGV (Natural gas vehicle) di Malaysia.Mengapa agaknya hanya teksi yang banyak dikaitkan dengan penggunaan NGV ini?Olehkerana gas tersebut amat murah berbanding petrol maka ia digunakan secara meluas oleh semua pengguna teksi di Malaysia mahupun dunia untuk memberikan peluang kepada pengguna teksi mengurangkan belanja bahanbakar setiap hari terutamanya airport taxi.


Jenis gas yang digunakan

Gas yang digunakan adalah gas jenis LNG (liquefied natural gas ) yang banyak diedarkan oleh Esso dan Petronas.Malaysia LNG Sdn Bhd pula adalah pengeluar terbesar gas ini yang berperasi di Bintulu  Sarawak.Gas ini sebenarnya adalah sejenis methane yang telah dicairkan.Seperti yang kita juga tahu methane adalah bahan bakar yang juga banyak digunakan dalam pemetik api untuk menyalakan sesuatu seperti rokok dsbnya.

Bagaimana pula methane jadi murah bila digunakan pada teksi

Methane adalah sejenis gas yang mudah menyalakan api dan ia juga mudah mengering dan jika digunakan dengan cara yang betul ia boleh mempercepatkan pembakaran.Olehsebab itu gas jenis ini digunakan pada kenderaan melalu kaedah tertentu melalui saluran yang betul kearah ruang pembakaran dalam enjin kereta seperti teksi.

Olehkerana gas NGV ini mudah membakar ,ia menyebabkan ruang pembakaran jadi cepat dan seterusnya mempercepatkan kadar meter perjalanan berbanding penggunaannya dan amat sesuai digunakan pada kenderaan yang selalu berada di jalanraya seperti teksi

Walaupun risiko kerosakan sedikit tinggi berbanding petrol kerana pengubahsuaian penerimaan bahanbakar disebabkan kepanasan enjin yang melampau tetapi ia masih digunakan oleh teksi kerana sebab-sebab penjimatan yang mencecah 60 peratus berbanding menggunakan petrol.

Jika anda seorang pengguna kereta secara logiknya sahaja anda akan ketahui bahawa kepanasan enjin yang kuat bloeh membakar gasket silinder dan juga menyebabkan hose pecah serta mengganggu sistem penyejukan kereta.Tetapi ini tidak bermaksud NGV tidak sesuai digunakan sebagai bahanbakar malah ia telah dibuktikan dengan penggunaan meluas pada kereta komersil seperti teksi,kereta tunda dan lain-lain lagi.

Penggunaan NGV ini akan lebih berkesan jika anda banyak menggunakan kereta untuk bergerak melebihi 100 kilometer sehari atau rm50 sehari jika menggunakan petrol kerana jika ia bergerak dengan kerap penggunaanya jadi lebih menjimatkan.

Olehkerana kepanasan enjin yang melampau pada sistem NGV alat menukar semula kepada petrol setiap beberapa kilometer dipasang pada teksi untuk menjaga kereta pengangkutan ini jadi lebih panas seterusnya merosakan kenderaan tersebut.(lihat rajah).

Diatas sebab pemasangan suis tukar kepada petrol inilah menjadikan sistem ini sebenarnya adalah sistem bahanbakar yang semakin digemari oleh pengguna kereta pada masa sekarang walaupun pengubahsuaian tersebut menelan kos yang agak besar.



Jadi jika anda perlukan pengangkutan yang selamat untuk ke destinasi seperti airport,tempat percutian yang jauh dari lokasi anda dan sebagainya teksi adalah pengangkutan darat  terbaik  yang amat sesuai digunakan dan bernilai untuk wang anda.










53 comments:

  1. Info yang berguna tentang penggunaan ngv.Cuma saya kurang pasti berapa lama jangka hayat sesebuah enjin boleh bertahan sekiranya menggunakan ngv sebagai bahan bakar secara terus menerus.Dari pengalaman saya ada yang mengatakan setahun enjin dah kene buat top overhoul.Sementara valve seat dan valve guide conform kene tukar sebab memang rosak teruk.

    ReplyDelete
  2. Kebiasaan untuk teksi mereka buat top overhaul lepas setahun tapi biasanya seperti naza citra,proton.

    Tetapi untuk kereta biasa yang tidak menggunakan kilometer melebihi 100 km sehari tidak perlu berbuat demikian kerana kepanasan enjin masih terkawal.

    Tetapi dengan penggunaan switch bahanbakar sekarang,kerosakan enjin masih boleh dikawal kerana boleh menggunakan petrol setelah kehabisan gas pada kadar yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. Hai sy nk tnye psl aircond..
    Kereta jns honda ej thn brp xingt
    Bhgn enjin sblh kanan pemandu ade mcm minyak menitik..sy ade tnye bengkel..pomen tu ckp tu problem aircond..
    Sy pon xsure ape yg xkena..tp betul ke aircond problem mnyebabkan ade mnyk menitik?
    Klu betul agk2 ape yg rosak?kondenser ke?kompreser ke?atau yg ln2?..n klu blh anggarkan skali kos nk repair tu..tq.. :)

    ReplyDelete
  4. saudari adamayra,

    Biasanya minyak yang menitik adalah minyak hitam jika disebelah kanan dan yang paling biasa ialah dari distributor/coil dan timing belt/chain untuk kereta honda.Selain itu minyak power stereng juga biasa menitik.

    Minyak kompressor tidak mungkin menitik kerana kuantitinya yang amat sedikit didalam kompressor,jika bocor pun ia hanya meninggalkan kesan hitam disekeliling kompressor,begitu juga jika kondenser bocor.

    Saya rasa saudari perlu periksa betul2 diw/syop yang lain sebelum lakukan apa2.kos baiki jika minyak hitam atau minyak power stereng menitik sekitar rm200.

    ReplyDelete
  5. Ok tq..lg satu nk tnye..(kereta wira)juga psl aircond..knp kdg2 kjp sejuk kjp rase angin je..
    Nk kata kurang gas mesti terus2an xde rase sejuk..kdg tgh bw kereta pon..elok2 sejuk tb rase angin je..klu kereta tgh parking kite blh tau..klu ade bunyi kuat skit sejuk..(xtau bunyi kipas aircond ke ape)klu xde bunyi tu mesti angin je...
    Lps tu nk tnye brp kos utk tukar aircond sebiji..
    *aduhaii...byk betul tanye..huhu..hrp sabar mnjawab..maseh.. :D

    ReplyDelete
  6. saudari adamyra,

    Saya rasa ada masalh pada sensor cooling coil saudari,sensor vtersebut fungsinya menghidupkan kompressor dan kipas aircond,jika sensor tersebut tidak bertindak dengan baik,itu yang kejap sejuk,kejap panas.Tukar sensor tersebut kos tukar sekitar rm100.

    Kos nak tukar kompressor adalah rm350

    ReplyDelete
  7. salam...
    Saya pakai kancil 660,
    Ada minyak menitis macam minyak hitam. Tapi cek ok lagi full lagipun baru tuka minyak semisinteteik. Saya tengok meleleh lalu paip ekzos nak kata ekzos bocor baru tuka lengkap baru. Kenapa ek?Tq

    ReplyDelete
  8. @Haziq Azree
    Saudara perlu periksa oil filter kadangkala tidak dikunci ketat dan menyebabkan minyak meleleh pada batang ekzos.
    Periksa juga skru tangki munyak hitam juga biasa tidak dikunci rapat atau loose menyebabkan minyak hitam meleleh.

    ReplyDelete
  9. salam.. terima kasih atas jawapan saudara. tapi saya pergi pomen dia kata, bearing dalam gear box dah haus

    ReplyDelete
  10. @Haziq Azreejika saudara tukar bering gearbox tukar sekali flywheel oil seal untuk minyak gear saya rasa apa yang saudara maksudkan meleleh ialah minyak gear.

    ReplyDelete
  11. Good site you have got here.. It's hard to find high-quality writing like yours nowadays. I honestly appreciate people like you! Take care!!
    Review my blog post :: http://www.2013chi.com/#chi flat iron

    ReplyDelete
  12. salam Dr sord,
    kereta tu oil seal bocor, baru p kedai member. Betul ke kena angkat enjin nak bikin? ada cara lain tak? hari2 menitik pening pale gak.. kos dia kate area 200-300. cara mudah nak hentikan titisan tu ada tak? TQ maaf banyak tanya

    ReplyDelete
  13. @Haziq AzreeKalau flywheel gearbox oil seal yang bocor terpaksa turun enjin sebab kancil gunakan 4 skru enjin untuk menyokong gearbox.

    Untuk Kancil turunkan gearbox saja memang tak boleh memang kena turun enjin sekali.

    Periksa betul2 dengan teliti kalau hanya oil seal pada d/shaft dalam tak perlu turun enjin,cabut d/shaft dalam tukar oil seal sudah memadai.

    ReplyDelete
  14. salam Dr Sord memang the best! semuanya betol..bukan minyak itam tapi minyak gear box. sy dah tuka flywhwwl oil seal, d/shaft n minyak SAE90. Member suruh tukar clutch plate sekali.. kos semua 263 upah 100.. terima kasih

    ReplyDelete
  15. Salam bos..kelisa sy bru2 ni buat problem..kt meter ada lambang enjin warna oren..masa on suiz kipas dh berpusing..bila on enjin kipas bpusing sekejap2..lepas 2 enjin bgegar..mohon beri pencerahan bos..apa sebenarnya yg blaku

    ReplyDelete
  16. @Ilmu Putihw/salam,motor kipas dah rosak,gantikan

    ReplyDelete
  17. Salam.. Saya gunakan honda EJ (s04 auto)
    Gear saya tiba2 menjadi kosong.. Tetapi enjin kereta tidak mati..
    Saya cuba off kan enjin kemudian start semula.. Kereta menjadi ok.. Tetapi perkara itu berulang kali.. Apa yang patut saya lakukan??

    ReplyDelete
  18. @Nadya Fazywslm,semak jika terdapat ada bocor minyak gear

    ReplyDelete
  19. Salam...viva 660 sesuai pasang NGV x?....n ada power utk naik bukit x?...tq :-)

    ReplyDelete
  20. @arif urutwslm,boleh pasang,insyallah ada power naik bukit sebab cc rendah

    ReplyDelete
  21. Assalam bang..kereta saya kembara 1.3 xblh naik bukit..kenapa..?kawan kata masalah clucth lining...masa sayabawa saya guna geat 1 untuk naik bukit..tp kereta sy xdpt panjat...enjin dia meraung je bila tekan minyak..nak naik tp xblh..lepas tu saya rehat 1 jam.saya try lagi sekali..saya ambil.lajak baru blh naik..lepas je bukit..saya buka hud enjin..ada bau..kawan saya kata yg saya jumpa tp jalan..dia kata tu bau lining clucth.mgkin haus..dia la yg kata tkar lining clucth..kreta ni dah lama tahun 2003..saya pun dlu beli second hand atas tgn..jd abg rasa apa masalah dia kalau bukit dia xdpt panjat dgn gear 1 pun..apa ptot sy buat...?

    ReplyDelete
  22. @randy kembaren zulfriwsalam,saudara perlu tukar clutch plate,insyallah ok

    ReplyDelete
  23. Hai bro arsad
    I milik Toyota Estima acr50 2.4 tahun 2007, millage 125k, skrg pakai minyak jenama speed master semi 10w40, ingat nak tukar Castrol edge 10w60, bro rasa OK? Pasal minyak sekarang Jalan 2600km ,check pagi kurang 100ml

    ReplyDelete
  24. haim

    dari segi teorinya minyak edge 10w60 flly sintetik ini mempunyai kelikatan yang amat rendah dan bagus untuk kereta,akantetapi jika kereta ada tanda2 minyak mengurang sebaiknya tukar kepada semi sintetik atau mineral kerana ia lebih likat dan dapat mengurangkan minyak enjin dari terpeluwap,gunakan minyak enjin semi bergrade 5w40 atau seumpamanya atau mineral 20 50w dan perhatikan hasilnya

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum...rpm enjin honda accord sy sgt rendh dan kadang2 enjin akn mati bila disimpang@ traffic light..apa penyelesaian dan kos untuk membaiki kerosakan tersebut

    ReplyDelete
  26. wslm saudara ca'a abdullah

    masalah rpm berkai rapat dengan idling pada throttle body ,samada servis throttle body,bersihkan stepper motor semuanya adalah untuk stabilkan idling enjin

    ReplyDelete
  27. Salam abg arsad..saya memiliki honda sv4 tahun 95..masalah nye bila saya start enjin.. Seolah2 piston berfungsi 2 silinder shaja..kiri dan kanan..membobok kuat..yg dua ada ditgh seperti tdak membakr petrol..saya cabut plug dan test di body enjin.plug ada spark...saya dh menggunskn ngv slama 5tahun..tq bang..

    ReplyDelete
  28. @shamsul othmanwslm, perlu top overhaul,kerak karbon banyak dan kompress pada piston dah kurang disebabkan valve yang kotor,mungkin juga minyak hitam tekah ditarik keatas

    ReplyDelete
  29. Salam.tuan.saya ade masalah tentang kereta saya..kereta saya auto naza citra.pagi tadi saya start enjin kereta ok jer.tapi bila balik dari pekan tghri mcm tu tiba2 kereta saya x boleh start..bile tukar bateri lain boleh hidup polak.boleh saya tahu ape masalah kereta saya tu ya..harap tuan blas komen saya nie.trima kaseh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,bateri lemah mungkin disebabkan alternator tidak mengecas semula.

      Delete
  30. Slm.sy naik mitsubishi lancer.bila sy start langsung x bunyi apa.bila pusing kunci lama2 dia ada bunyi teeeeee plan.nk kta batery lampu alarm semua ok.mohon pencerahan.trsadai kt rmh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,masalah starter,insyallah ok jika tukar

      Delete
  31. Salam en meksnik, saya baru amik kete lama model bmw e28 2.0, beli cadang nk pasang ngv dan masalah enjon kasar ASAP putih byk , saya dengar spare part sudah nk Cari , daripada saya berhabes dgn enjin bmw ini , adakah saya patut tukar ke enjin lain(cadangan enjin yg sesuai dgn ngv ) @ saya top overhoul enjin lama ni ,Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,enjin ini memang agak lama dan sukar untuk mencari gantinya dan enjin yang bersesuaian dengan mounting untuk kereta ini juga sukar,sebaiknya lakukan overhaul untuk enjin ini walaupun ia memakan masa untuk disiapkan

      Delete
    2. Lagi satu selain masalah enjin kasar ASAP putih , ada prob lain iaitu semasa memula drive keter ni akan mengalami jerk yang kuat apabila masuk gear dua dan tiga tetapi apabila di rem kuat jerk ini hilang apabila berada di gear 4 dan gear lima , apabila berada di persimpangan semasa nk tukar gear rendah masalah jerking akan berlaku kembali,apb saya diberitau pomen ada yg mengatakan masalah sensor , ada pomen lain Kata nk tukar nenas ke pe lbh kurang gitu bunnyinya katanya Dkat longshap , memula spark , cuci trptle body test sensor angin tukar fuel pump dah buat tp still cam gitu gak , takut tukar2 alat ganti sume nk cecah lbh kurangrege kos tukar enjin . Fikir punya fikir mcm nk tukar enjin tp x tau enjin pe yg tahan lasak yg bole bajet ngn ngv

      Delete
    3. Apabila asap putih banyak dan berterusan,enjin akan bunyi kasar kerana engine bearing telah haus dan jerking akan berlaku akibatkekuatan enjin yang menurun,jerking seperti yang dikatakan oleh saudari adalah atas sebab enjin yang mengalami kerosakan melampau akibat enjin bering dan piston ring yang haus,jika ada terjumpa enjin lain sebaiknya tukar atau boleh juga buat overhaul,ganti piston ring,engine bearing dan set overhaul

      Delete
  32. Assalam Tuan...sya pengguna proton persona elegance auto..masalah bila nak start bunyi tak'tak'tak'...kena jumper baru enjin hidup..stiap kali nk start kna jumper...starter dh tukar,alternator ok lgi,key ring antenna pun dh tukar..bateri baru 7bulan pakai...ape masalah kereta tu tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,kuasa sambungan negatif ke starter tak cukup.Gunakan wayat relay tambahan untuk starter insyallah ok

      Delete
  33. Assalamualaikum Tuan, exora turbo ngv
    -timing kekadang tinggi lebih 1.3rpm kekadang rendah bawa 1.0
    -engin kekadang mati bila bawa perlahan terutama nak belok atau reverse
    -lepas jln jauh dr ngv ke petrol timing tinggi, masuk jerking

    Tuan, bagaimana nak mengatasinya

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ,servis throttle body,tukar tps sensor,o2 sensor dan crankshaft sensor dan plug coil insyallah ok

      Delete
    2. Berapa agaknya kosnya.
      Nak ready je.
      Anyway terima kasih

      Delete
  34. Salam tuan, nak tanya kenapa enjin lori tidak dapat start.. bunyi kunci saja kdengaran. Bateri baru, stater bru je service, altenator baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,fuel pump bermasalah,perlu servis fuel pump

      Delete
  35. Tuan nak tanya kete spetra..bile drive start enjin mule okay...lpas bawak ke kdai dan enjin dimatikan...slpas 2 sy nak hidupkan semula x boleh...knp ye tuan..n bape bajet kos agaran? Tq tn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuel pump mungkin rosak,kos tukar sekitar rm350

      Delete
  36. Tuan sy pnya teksi pesona kdg2 jerking..masa idle kdg2 enjin mati dan juga turun bukit ekzos bunyi letup àpa masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerking terjadi apabila capaian api plug tidak cukup akibat pe cah coil atau distributor,gantikan plug coil dan air filter insyallah ok

      Delete
  37. Salam Tuan...saya pemandu teksi...teksi pesona..masalah saya teksi saya tak boleh tukar ke gas NGV walaupun enjin dh panas,bila tekan button nk tukar ke NGV enjin akan mati...mungkin kah CNG SOLENOID VALVE saya roask?berapa kah kos nak tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,perlu tukar alat tersebut ,kos kira2 Dibawah RM100

      Delete
  38. Assalam tuan bagaimana nk jaga enjin campro saga blm yg mengunakkan ngv..banyak khabar angin mengatakan campro blm x tahan..ada x jalan lain supaya enjin x rosak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,perlu ganti minyak hitam,oil filter,minyak gear dan autofilter tepat masanya setiap 5000/10000 km dan setiap 20000km untuk auto dan 40000km untuk manual

      Delete

Terimakasih yang tak terhingga kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung blog yang budiman . JUTAAN MAAF DIPOHON jika pertanyaan lambat dijawab.Segala soalan PASTI akan dijawab dan jawapan akan menyusul seberapa segera,sila kembali semula untuk melihat jawapan!

Diharapkan kepada Tuan/Puan/Dato/Datin/Yang berhormat/Encik/Cik Puan serta saudara/i pengunjung budiman yang mengajukan soalan supaya memberikan gambaran keseluruhan kerosakan dan jenis kereta supaya jawapan yang terus kepada masalah dapat diberikan.

Jutaan terimakasih juga kepada yang memberikan sumbangan jawapan berdasarkan penggunaan model kereta yang sama dan pastikan model kereta juga diberitahu ketika mengajukan soalan.
Semuga apa yang diutarakan dalam jawapan dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.

Nota:Kos baiki dan alatganti adalah anggaran,ia mungkin lebih atau kurang,Harap maklum!

Nota penting:Jangan ajukan soalan pada ruangan Google Reply untuk pos lama tahun-tahun sebelum 2016,Ini kerana soalan tersebut tidak akan dipaparkan oleh Pihak Google,saya akan siarkan soalan yang tidak dapat dijawab pada ruangan Google Reply ini pada pos saya di Google Plus beserta pencerahan dan penyelesaiannya.

Apa yang terbaik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri,

>